kenaikan Lebih RM 80 billion dalam masa 9 jam! : Peluang Terakhir untuk beli sebelum Rocket To The Moon?

harga CRYPTO sedang pulih dan AltCoin naik tinggi kembali ,apakah ini manipulasi atau pun peluang Terakhir untuk kita membeli????!!

2,016

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony


Akhirnya Bursa Crypto berwarna hijau kembali dengan nilai kenaikan jumlah market cap sebanyak lebih RM 80 billion dalam jangka masa 10 jam ini.

Bitcoin Menghampiri kenaikan 10%

Semua coin coin utama mengikuti harga kenaikan Bitcoin, BTC pada harga $5800 semalam kini kembali kepada para $6400 , dalam Top 10 ,  3 coin lain yang dah naik lebih 10% ialah Bitcoin cash sebanyak 14% , Cardano(ADA) 13.6% dan Stellar 10.7% semasa mystic matiin sedang menulis.

Market Cap : $256 Billion

Market cap kini kembali pada jumlah: $256 billion, titik dimana ia pernah berada pada 25 jun sebelum ianya jatuh mendadak kepada $233 billion pada jumaat lalu, tetapi masih skala ini amat kecil jika dibandingkan dengan nilai markat cap $350 billion, sebulan lepas.

 

Altcoin juga naik lebih 20% jika dibandingkan dengan BTC
Sementara 10 coin teratas berjuang untuk kenaikan 10%, disini ada 10 coin dibawah telah naik lebih 20% dalam tempoh 24 jam ini Ethos, Theta Token ,Wanchain, Vechain ,Monaco, 0x, Power Ledger ,Wabi  dan Ten-X satu-satunya coin paling tinggi naik 24jam ini melebihi 40%. .


 

Shitcoin tetap Shitcoin
projek yang jatuh  serendah 6% dan kebawah dalam tempoh 24 jam ini, adalah seperti DeviantCoin yang jatuh lebih 30% dengan nilai dagangan bawah $100k Dollar , juga diikuti dengan WhaleCoin , Zoin, dan Bitcoin Interest masing masing menunjukkan nilai dagangan yang sangatlah rendah dalam tempoh 24 jam ini,

indikasi coin seperti ini atau sama ada dengannya boleh dikategorikan sebagai shitcoin,atau useless coin yang anda melabur semata-mata kepada programmer yang tahu basic buat coin dan mereka buat coin tersebut untuk menipu anda yang excited lebih tapi research tak nak. so hati hati dalam segala jenis urusan pelaburan atau simpanan , kerana kita tak nak jadi Long term Hodlers Shitcoin ,Kita nak real usage and function coin untuk bersedia dengan revolusi yang akan tiba ini.

Dalam era yang kejayaan tidak diukur dengan jilat menjilat lagi selain dengan titik peluh dan kepandaian diri sendiri untuk mencari kunci kejayaan di masa masa akan datang ini,maka selamat mengkaji dan sebarang soalan dan pertanyaan lanjut boleh tinggalkan komen di blocky.

 

Untuk mengetahui berita terkini dan bertanyakan soalan tentang crypto boleh join kami di

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading
Disclaimer :  blocky tidak dibayar atau mengiklan coin ini,, pilihan ini adalah berdasarkan pemerhatian coin coin yang sedang hangat di kalangan crypto community dunia dan negara.sila dapatkan info lebih mengenainya sendiri sebelum membuat sebarang pelaburan. 

 

 

 

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!