Kenali Jenis-jenis Penipuan Melibatkan Pelaburan Crypto!!

693

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Sememangnya dunia akhir zaman akan penuh dengan penipuan, malah Mata Wang Maya juga tidak terkecuali walaupun keselamatan yang dijamin adalah tinggi. Ini kerana alir pemikiran kita yang mudah kena tipu dengan orang lain. Kita harus meningkatkan tahap IQ kita bila dalam Perniagaan apatah lagi Pelaburan. Orang yang kena tipu membuktikan lemahnya tahap IQ dalam berfikir. Namun apa yang membuatkan kita ditipu adalah kerana kurang nya ILMU pengetahuan.

Harus saya jelaskan bahawa banyak kes penipuan yang berlaku menuduh Bitcoin sebagai Scamer, walhal bitcoin hanyalah satu mata wang yang tidak boleh ditiru atau dimanipulasi. Yang menjadi penipu adalah Program/Servis sesuatu website.

Disini saya jelaskan bahawa ciri-ciri jenis penipuan yang melibatkan crypto supaya jelas tidak ditipu lagi akan datang. Kalau anda masih juga ditipu bermakna anda lah yang bodoh.

 

HYIP / BITCOIN DOUBLER
Hyip – singkatan kepada High Yield Investment Program. Selalunya scammer jenis ini suka menawarkan pulangan 10% minimun sehari, manusia banyak yang tertipu disebabkan ketamakan ini. Ada juga HYIP yang letak pulangan 300% seminggu, semua servis yang menawarkan kan pulangan per day semuanya adalah scam.

Ada juga menggunakan trick dengan paling lembut untuk kita percaya contoh 1% sehari, namun pasti ianya tetap scam. Walaupun minimum pelaburan yang diminta adalah 10$, pasti ianya scam kerana program-program ini adalah piramid scheme ,trick-trick nya selalu mereka sebut pasif income,namun tiada bukti cara mereka untuk roll duit kita. hanya alasan trading kan untuk kita.

Jikalau anda ingin mendapat kepastian tentang sesuatu penipuan seperti ini , anda boleh search website tersebut dilaman web ini

http://www.badbitcoin.org/thebadlist/

JUAL BELI BTC
50% kes penipuan crypto berlaku semasa jual beli peer-to-peer , Penipuan berlaku sama ada pembeli btc yang ditipu atau penjual btc yang ditipu. Oleh kerana itu munculnya platform-platform lain seperti Localbitcoin dan Remitano sebagai orang tengah dalam proses jual-beli btc. Jangan berjual-beli btc pada orang yang anda tidak percaya dan bertransaksi jarak jauh supaya perkara seperti ini tidak diingini.

Walaupun muncul platform seperti Remitano & LocalBitcoin namun anda seharusnya berhati-hati, kerana pernah terjadi juga kes penipuan dalam platform tersebut dimana , transaksi interbank giro yang selalu mengambil masa. Banyak kes penipuan dilaporkan ketika salah sorang memilih transaksi melalui interbank giro.

ICO
Ico – Singkatan kepada Initial Coin Offering – Terbukti memang banyak yang menjadi jutawan kerana membeli ico, namun ada juga yang bankrup kerana ditipu membeli ico. Seharusnya anda harus tahu , jikalau anda ingin melabur pada ICO , anda wajib tahu siapakah orang dibalik tabir(team), hala tuju syarikat (whitepaper), potensi perkhidmatan yang ditawarkan dan community, sejauh mana aktifnya syarikat dan community sesuatu ico tersebut.

BOT/ TELEGRAM
Bot kebanyakan berlaku dalam apps telegram, mereka menawarkan servis seperti ala-ala games, yang selalunya kena “collect” dapat “free coin”. Kalau nk bonus banyak atau withdraw kena share reference link dengan orang lain sekurangnya 10orang atau deposit beli item dalam bot tersebut. Ini juga satu bentuk penipuan dalam senyap-senyap.

MINING SERVIS
Kebanyakan orang mudah tertipu dengan skim mining ini, mereka mengeluarkan modal beribu ringgit membeli mesin mining untuk diserah pada orang lain atau syarikat tolong mining kan. Ini juga satu bentuk penipuan terbesar yang berlaku pada tahun 2017.

Malah muncul juga perkhidamatan Cloud Mining yang turut banyak menipu. Selalunya mereka promosi tentang dapatkan G/H yang banyak pada harga murah. G/H adalah hasrat untuk mining.

Pada tahun 2017 beribu website yang menawarkan sistem cloud mining, namun yang betul-betul bertahan sehingga kini hanya satu sahaja iaitu. GenesisMining

MINING WEB / SOFTWARE / CRYPTOJACKING
Kebanyakan orang ditipu buta-buta kerana men download software dari internet, ini kerana banyak pengodam membuat malware untuk mining menggunakan pc atau handphone kita tanpa kita sedari.

Malah salah satu syarikat besar yang membuat servis keselamatan captcha iaitu Coinhive telah ditangkap kerana dituduh membuat malware untuk mining pc kita tanpa sedari.

 

TRADING
Pilih platform trading yang paling dipercayai, selalunya exchanger yang paling dipercayai seharusnya mewakili negara masing-masing. Contoh seperti Binance mewakili Exchanger China , Cryptopia mewakili Exchanger New Zealand , KuCoin mewakili Exchanger Hong Kong, Bittrex – Exchanger Europe

Trading platform yang saya maksudkan cuba elak adalah seperti C-Cex , Yobit , dan beberapa platform yang berada dirank bawah top25 dalam list coinmarketcap.

ini kerana beberapa exchanger pernah mengalami masalah dalam pengeluaran (withdraw). Maka lebih baik saya nasihatkan elakkan dari terlibat dengan exchanger top25 kebawah melainkan anda benar tahu apa yang anda buat.

CRYPTO
Malah orang yang melabur dalam crypto juga ditipu oleh tuan punya Coin. Contoh scenario yang berlaku pada Bitconnect, Bytecoin, Ignis. serta beberapa coin lagi. Mereka menipu dengan memanipulasi berita semasa menggunakan komuniti. Sebab itu lah begitu penting nya untuk kita tahu Owner Coin , Syarikat atau roadmap. Penipuan jenis ini selalunya pemikir yang level tinggi untuk melaksanakan penipuan terancang.

Kebanyakan kes penipuan crypto inilah yang membuatkan Manusia akan memilih untuk kearah Centralized Crypto supaya ada orang yang boleh dipersalahkan jika berlaku kes-kes penipuan.

Manipulasi harga pasaran juga merupakan penipuan paling pintar dalam abad ini, namun pandangan saya, crypto merupakan Pelaburan pada Bursa Saham , apabila kita memilih melabur dalam syarikat-syarikat yang potensi seperti WanChain, Omisego, Binance, dan banyak lagi coin-coin yang mewakili syarikat bukan coin yang anonymous.

Malah crypto juga boleh dianggap sebagai main kutu sedunia. hari ini kita diMalaysia sedang melabur dalam crypto, hari ini juga mungkin orang di barat withdraw untuk turn mereka pakai duit, nnti bila orang dibarat musim menabung , kita pula yang withdraw pakai duit, begitulah berlakunya seharian sedunia. Selagi mana kita jangan jual semasa harga jatuh kini, selagi itu kita belum rugi, kerana mahu tidak mahu , mereka yang withdraw semasa kita beli , pasti akan membeli balik semasa kita withdraw

PERINGATAN!!
Perlu diingatkan kepada anda supaya berhati-hati dalam apa jua jenis Pelaburan Digital, kerana di Malaysia masih belum ada Akta tentang Harta Digital Intelektual. Sebarang Maklumat info atau pertanyaan sila berhubung email [email protected]

Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang pelaburan yang berpotensi

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!