Kerajaan Rusia serta beberapa Syarikat Gergasi Korporat Bergabung dalam Usaha Sama untuk Membangunkan Teknologi Blockchain, IoT

27

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Pelbagai syarikat korporat Rusia, termasuk Gazprombank milik negara tersebut, telah mencipta usaha sama dalam merancang untuk membangunkan projek-projek dalam blokchain dan ekonomi digital, laporan berita tempatan TASS melaporkan 9 Jun.

Syarikat telekom Rusia MegaFon, Gazprombank, perbadanan kerajaan Rostec, dan Kumpulan USM telah mencipta usahasama – dirujuk sebagai MF Technologies (MFT) – bernilai $ 450 juta dan mempunyai 59 peratus kepentingan dalam mail.ru gergasi Internet Rusia.

Inisiatif itu dirancang untuk memberi tumpuan kepada pembangunan dan penyelesaian kewangan digital melalui sumber Gazprombank. Menurut TASS, MegaFon menyatakan bahawa MFT akan:

“Membenarkan rakan kongsi untuk maximal kan implikasi secara berkesan serta projek-projek yang inovatif di seluruh industri, dan yang paling utama adalah untuk mengimplikasi¬† penyelesaian berdasarkan teknologi blockchain dan Internet of Things (IoT).”

Sergey Soldatenkov, Ketua Pegawai Eksekutif MegaFon, menambah bahawa mewujudkan usaha sama yang berasingan adalah “langkah semula jadi dalam pelaksanaan strategi korporat kami untuk mencapai matlamat utama mempimpin dunia digital.”

TASS melaporkan bahawa Rostec merancang untuk menggunakan kepakaran organisasi untuk membangunkan teknologi digital.

Ini bukan kali pertama di Gazprombank ke ruang blockchain dan crypto: pada akhir bulan Mac, Gazprombank melaporkan bahawa ia akan mula menguji transaksi percubaan cryptocurrency pilot di Crypto Valley, Switzerland.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!