Lagi Tiga Negara Buat Tuntuntan Mahkamah

55

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Menurut berita tempatan Rusia, organisasi mata wang kripto dan Blockhain di Switzerland, Khazakhstan dan Amenia baru baru ini membuat keputusan untuk menyertai Rusia, China dan Korea Selatan bagi membuat tuntutan makhamah terhadap satu syarikat internet yang terbesar atas sebab pengharaman pengiklanan yang berkaitan dengan mata wang kripto pada 6 April lalu. Rancangan untuk menyaman Google, Facebook dan Twitter telah pun didedahkan pada 27 Mac yang lepas. Organisasi yeng terlibat dalam memfailkan aduan ini adalah Russian Association of Cryptocurrency and Blockchain (RACIB), the Korea Venture Business Associations, dan LCBT, sebuah persatuan Cina yang ditubuhkan oleh pelabur cryptocurrency.

Dikatakan tuntutan secara berjemaah ini akan difailkan pada bulan Mei di New York. Dana untuk peguam yang bakal dilantik akan dikutip melalui ‘wallet’ digital yang didaftarkan di Estonia. Berikutan insiden Facebook mengharamkan iklan yang berkaitan dengan cryptocurrency dan ICO pada 30 Jan. Kemudian pada Mac yang lepas Google juga mengikut jejak dengan mengumumkan bahawa mereka juga akan menyekat segala jenis iklan berkaitan mata wang kripto pada Jun akan datang. Pada akhir Mac, keputusan ini disokong penuh oleh Twitter akan tetapi hanya membenarkan iklan dari syarikat syarikat awam. Dilaporkan juga Linkedln telah memperkenalkan beberapa sekatan berkaitan hal ini dan juga diikuti oleh Yandex.

Saman ini juga disokong penuh oleh Innmind, sebuah syarikat Swiss yang menggabungkan pelabur dan ‘startups’, Armenian Association of Developers and Users, dan juga wakil dari sektor mata wang kripto di Kazakhstan. Kes ini akan dibawa ke makhamah di New York bulan hadapan. Menurut Yuri Pripachkin, Presiden kepada Russian Cryptocurrency and Blockchain Association, mereka sedang menyaksikan kebangkitan sebuah ‘censorship’ dan mereka seolah olah bangkit bersama untuk menentang sebuah platform bebas yang sepatutnya mengekalkan konsep kebebasannya terhadap pengguna.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!