LG (CNS) Lancar Perusahaan Blockchain Platform ‘Monachain’

38

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Anak syarikat IT gergasi elektronik LG CNS telah melancarkan platform perusahaan blockchain yang boleh digunakan dalam beberapa sektor termasuk kewangan dan perkilangan.

Teknologi yang diberi nama ‘Monachain’ merupakan platform perusahaan blockchain yang memfokuskan penggunaannya dalam pengesahan digital (Digital Security), pengurusan rantaian bekalan digital (Digital Supply Chain Management) dan mata wang digital, menurut laporan Korea Times .

Monachain juga membolehkan pengguna untuk membuat wallet mata wang digital mereka sendiri. Selain itu, kumpulan LG mendedahkan ia sedang berusaha ke arah infrastruktur perbankan komuniti dengan bank perdagangan, membolehkan mereka mengeluarkan dan mengedarkan mata wang digital melalui platform blockchain, laporan berita Yonhap.

Dalam satu kenyataan wakil syarikat itu berkata:

Perniagaan akan lebih maju dengan implikasi Monachain yang membantu pemilik perniagaan meningkatkan produktiviti kerana Monachain menyediakan sistem pengurusan rantaian bekalan digital yang membolehkan para pembekal menguruskan keseluruhan pemprosesan pengeluaran dengan cekap.

Monachain menggunakan pengecam desentralisasi untuk membolehkan identiti digital dapat disahkan di mana pengguna dalam blockchain dapat mengesahkan identiti mereka melalui telefon pintar sebelum membuat pembayaran atau pengiriman.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, LG CNS pertama kali mengumumkan butiran perusahaan blockchain pertamanya pada pertengahan 2017. Platform ini didasarkan pada Corda, sebuah perisian lejar diedarkan oleh konsortium blockchain perbankan global yang diketuai oleh firma industri R3 yang berpusat di New York.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!