Malaysia Airlines Akan Awasi Pembayaran Bersumberkan Mata Wang Kripto

90

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved on Zur Muehlen kini akan menumpukan kepada aktiviti mata wang kripto dan Blockchain sebagai mata wang alternatif untuk sebarang pembayaran yang dibuat di bawah syarikat tersebut. Walaupun mata wang kripto tidak dibenarkan dalam masa terdekat ini, beliau sedang mempertimbangkan untuk membenarkannya jika industri tersebut dikawal selia, naik turun mata wang berada dalam keadaan yang stabil dan juga bila pelanggan menerima kegunaan mata wang kripto.

Tambahnya lagi, sekiranya mata wang kripto bakal menjadi salah satu kaedah pembayaran untuk Malaysia Airlines, keadaan akan bertukar menjadi lebih menarik. Kemudian mata wang kripto akan disama ratakan dengan kaedah pembayaran yang lain. Von Zur Muehlen juga menyokong mata wang kripto sepenuhnya sekiranya ia jatuh sebagai kaedah pembayaran yang popular di kalangan pelanggan.

Selain itu, syarikat penerbangan itu telah memahami bahawa pelanggan zaman ini lebih mengutamakan khidmat yang merangkumi teknologi telefon pintar. Setengah dari rakyat Malaysia memilih untuk membuat kajian, merancang malah menempah tiket penerbangan via telefon pintar. Ini menunujukkan bahawa mereka mahu mengawal penerbangan sendiri tanpa bantuan syarikat. Von Xur Muehlen juga menyatakan hasratnya untuk menjadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang menggunakan kaedah digital sepenuhnya dan pada masa yang sama, mengekalkan hubungan sesama manusia.

Tiga inisiatif baru yang diperkenalkan oleh belia pada minggu lepas adalah MHguardian, MHfeedback dan MHChat. MHguardian dan MHfeedback kedua duanya adalah aplikasi mobil di mana MHfeedback membolehkan pelanggan untuk berkongsi sebarang maklumblas berkaitan penerbangan mereka bersama Malaysia Airlines. Manakala MHguardian pula membantu ibubapa atau penjaga untuk mengawasi gerak geri anak-anak atau penumpang bawah umur ketika berada dalam penerbangan. MHchat pula membenarkan pelanggan untuk membuat sebarang tempahan, pembayaran dan mendapatkan jadual perjalanan mereka. Tahun ini, akan muncul beberapa inisiatif lain pada bulan yang akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!