Malaysia Akan Lancarkan Penyelesaian Blockchain Mengesan Produk Pertanian

181

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Negeri Pulau Pinang Malaysia mempertimbangkan penggunaan teknologi blockchain dalam rantaian bekalan makanan dan produk pertanian, akhbar berbahasa Inggeris tempatan The Star melaporkan pada 1 Mac.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, yang dipetik akhbar itu, teknologi itu boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi dalam industri. Sebagai contoh, pengguna akan dapat mengesan asal-usul produk tertentu yang mereka beli dengan mengimbas kod. Di samping itu, industri dengan cepat boleh memberi amaran kepada pengguna tentang wabak penyakit berbahaya bawaan makanan.

Menteri itu juga menyatakan bahawa kelebihan utama penggunaan blokchain ialah data yang disimpan di rangkaian yang tidak terdesentralisasi tidak dapat diubah. Selain itu, Sim percaya bahawa blockchain membantu meningkatkan keselamatan, mengurangkan kos operasi dan memintas orang tengah.

Sebelum ini Perancis dan China juga sedang mempertimbangkan melaksanakan penggunaan blokchain untuk pertanian di peringkat negeri.

Minggu ini, presiden Perancis Emmanuel Macron menyeru perpaduan antara negara-negara Eropah dalam industri pertanian untuk menentang persaingan dari pasaran global di China, Rusia dan Amerika Syarikat. Beliau menyebut blockchain sebagai alat inovatif yang membolehkan para peniaga di seluruh EU bekerja dengan cara yang lebih berkesan dan telus.

Follow kami di  Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!