Masa Depan Mata Wang Kripto dan Blockchain

81

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Bukan lagi kejutan apabila mata wang kripto dan Blockchain akan menjadi sebahagian daripada South By Southwest (SXSW) tahun ini. Pengurus sidang telah mengumumkan berita ini secara terbuka pada hujung tahun lepas dimana SXSW akan melibatkan beberapa siri Blockchain yang akan menguasai mata wang kripto seperti Blockchain. Tempat-tempat yang diberi nama seperi “Initial Taco Offering” dan “The Blokhaus” akan berada di tepi jalanan Austin bagi menganjuri acara yang melibatkan individu terkenal dan semestinya mata wang kripto.

Joseph Lubin, Co-Founder Ethereum mengadakan sesi panel bertajuk “Why Ethereum is Going to Change The World” bersempena festival SXSW Jumaat lepas. Intipati sesi tersebut menerangkan bagaimana Lubin menaruh minat yang tinggi pada teknologi Blockchain dan penglibatannya dalam Projek Ethereum. Beliau juga mendedahkan rancangannya untuk syarikat teknologi software Blockchain iaitu ConsenSys. Tambahnya lagi, sejak Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada 2009, terdapat dua ciptaan yang menyusul kemudian. Pertama ialah Bitcoin seperti yang diterangkan oleh Lubin, sistem database yang boleh dipercayai dan kedua ialah Blockchain yang dikatakan sebagai ekonomi kripto yang membolehkan lebih banyak benda berdasarkan teknologi Blockchain dicipta.

Menurut Lubin, Ethereum yang dicipta oleh Vitalik Buterin pada 2013 dilihat sebagai visi yang membenarkan pengukuran yang sejajar dengan kegiatan manusia dan juga sebagai platform umum untuk aplikasi. Lubin juga bergiat aktif dalam Ethereum kerana penggunaannya yang meluas dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai industri termasuklah sektor kesihatan, pengurusan rangkaian bekalan dan sebagainya.

Dengan rekaan yang sangat umum dalam pelbagai sektor, Lubin telah mencipta satu platform kandunagn dalam rangkaian Ethereum iaitu Ujo Music. Secara amnya Ujo Music membenarkan artis untuk
mendaftar diri mereka sebagai individu dan menaik turun kandungan mereka ke dalam rangkaian bersama polisi penggunaan tanpa menggunakan pihak ketiga. Beza antara musik di luar sana dan yang dinaik turun melalui Ethereum ialah para artis tidak perlu lagi berhadapan dengan bayaran yang ditangguhkan oleh pihak ketiga yang juga mengaut keuntungan sehingga 70% ke 80% kerana pendengar dan peminat boleh menyokong artis kesayangan secara langsung dan mereka juga mendapat bayaran segera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!