Menentang Mata Wang Kripto: Kesilapan Besar Yang Dibuat Pakistan

67

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Bank pusat Pakistan iaitu State Bank of Pakistan baru baru ini telah mengharamkan pertukaran mata wang kripto dan ICO. Keputusan yang dibuat itu dikatakan satu kesilapan besar pada ekonomi Pakistan. Sepanjang tahun ini, kebanyakkan ekonomi antarabangsa termasuklah Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah menerima baik pasaran mata wang kripto. Malah, ketiga negara itu telah mengeluarkan panduan melabur dalam mata wang kripto untuk para perlabur dan Jepun terutamanya telah menyatakan hasratnya untuk membenarkan ICO.

Manakala Korea Selatan dan Suruhanjaya Servis Kewangan pula mengemukakan cadangan untuk membenarkan ICO domestik sekali lagi, sebaik selepas polisi percukaian untuk jualan token diluluskan oleh pihak kerajaan. Selain itu, Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Pertukaran dan Keselamatan sedang menyelesaikan ICO yang tidak terkawal . Setakat ini, tiada sebarang ICO dilaporkan merujuk  suruhanjaya tersebut.

Sementara negara negara besar ini berusaha untuk mengawal selia pasaran mata wang kripto, ekonomi kecil seperti Pakistan dan Vietnam tidak mengambil peluang yang sama malah mengharamkan terus mata wang kripto di negara mereka, menolak tepi pengguna, pelabur dan juga bisnes yang bernilai billion dollar. Pada 6 April lepas, bank negara Pakistan mengumumkan kepada institusi kewangan tempatan, bank dan servis kad kredit untuk tidak terlibat dengan pasaran mata wang kripto dengan apa cara sekalipun. Pengumuman itu juga melarang transaksi mata wang kripto diproses, mempromosikan dan melabur dalam pasaran itu.

Namun pengharaman oleh Pakistan langsung tidak memberi kesan pasaran mata wang kripto dunia kerana ekonominya yang hanya menyumbang 0.1 peratus. Akan tetapi, Pakistan dikatakan membuat kesilapan yang amat besar kerana menolak potensi Blockchain dari luar negara untuk berpindah ke situ atas dasar untuk mendapatkan sumber yang lebih murah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!