MinerGate – Diantara Perkhidmatan Mining & Cloud Mining yang Legit

157

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

MinerGate adalah multipool yang bereputasi dan boleh dipercayai , Minergate bermula pada 24 Mac 2014 dan adalah platform yang menawarkan servis membolehkan pengguna untuk mining beberapa jenis cryptocurrency melalui GUI Interface semudah “one click”. Option “Start Smart Mining” automatic akan memilih kriptocurrency terbaik untuk mining dari segi keuntungan semasa. Malah kelebihan MinerGate boleh digunakan pada telefon bimbit pengguna atau pada desktop CPU. MinerGate mempunyai GUI tersendiri untuk memudahkan perlombongan CryptoNote dan Ethereum. MinerGate berfungsi di pelbagai platform. Ia boleh digunakan dalam operasi jenis Windows, Ubuntu atau Mac. GUI Interface dari MinerGate diantara  platform mining yang sangat mudah digunakan.

Kelebihan software MinerGate boleh di install pada semua jenis Komputer dan Telefon Mudah Alih Android dan Mac.

Daftar Akaun di MinerGate : https://minergate.com/

Selepas mendaftar boleh terus Download dan Install Gui Minergate Interface : https://minergate.com/downloads/gui

Register akaun di MinerGate adalah sangat mudah. Seluruh proses register , download , dan install mengambil masa sekitar 15-20 minit. Bagi pengguna untuk memulakan perlombongan di MinerGate menggunakan komputer dan handphone, seharusnya mendaftar disini. terlebih dahulu. Pengguna mesti mengesahkan alamat e-melnya dan membuat kata laluan yang selamat. Bergantung kepada sistem pengendalian pengguna, versi jenis perisian yang betul disarankan untuk tujuan muat turun (untuk platform Linux, Windows atau Mac).

MinerGate membolehkan pengguna mudah melombong cryptocurrency dengan menggunakan apa jua jenis CPU dan GPU, gabungan kedua-dua hardware, komputer riba malah apa jua jenis handphone Android dan Mac.

MinerGate mengambil yuran fees sebanyak 1.5% untuk bayaran PPS (Pay Per Share)
PPS adalah untuk orang-orang yang ingin mempunyai statistik untuk menghitung pengiraan asas untuk mengira kuasa perlombongan mereka  dengan energy yang digunakan. PPS tidak disyorkan untuk perlombongan jangka masa pendek kerana pembayaran mengambil masa.

 

MinerGate mengambil yuran fees sebanyak 1% untuk bayaran PPLNS (Pay Per Last N Share)
Kelebihan PPLNS pula adalah anda boleh melabur untuk servis perkhidmatan Cloud Mining. Perlombongan yang melalui PLNS dibenarkan melombong Bitcoin melalui servis perlombongan cloudmining. Pengguna disyorkan untuk mengaktifkan 2FA (2-faktor pengesahan) untuk memastikan keselamatan dana. Mengaktifkan 2FA memastikan keselamatan dana walaupun orang lain mengetahui kata laluan akaun.

Mata wang kriptografi yang berbeza boleh dilombong serentak tanpa pengurangan kadar hash untuk mining yang utama. MinerGate membolehkan multipool dan mempunyai pilihan “Perlombongan Pintar”. Ia memilih cryptocurrency terbaik untuk mining dari segi keuntungan semasa dan menyediakan perkhidmatan menukar antara crypto secara automatik menggunakan platform exchanger Changelly.com. Malah MinerGate merupakan rakan kongsi kepada syarikat perkhidmatan Exchanger Changelly.com. Walaubagaimanapun penulis menyarakan tidak menggunakan changelly kerana kadar fees yang mahal.

Pengguna juga boleh memilih berapa teras untuk mengawal seberapa banyak hashrate CPU / GPU mereka digunakan untuk mining. Ini membolehkan pengguna mengawal haba dan elektrik yang digunakan, malah membolehkan kawalan untuk menjaga jangka hayat hardware.

MinerGate mempunyai sistem ganjaran yang menyeronokkan dan interaktif yang akan memberi lencana pengguna berdasarkan pencapaian sebagai pelombong. Malah jika Menang semua lencana anda akan menerima hadiah dari MinerGate.

MinerGate mempunyai kalkulator keuntungan di laman web mereka supaya pengguna dapat menentukan keuntungan mereka pada bila-bila masa. Pengguna boleh mengira potensi keuntungan setiap jam, setiap hari atau mingguan melalui kalkulator keuntungan mereka. MinerGate tidak perlu dimuat turun. Pengguna boleh lombong terus dari laman web.

Bagi yang mempunyai modal yang banyak, anda juga boleh terus menggunakan sistem cloud mining dari MinerGate : https://minergate.com/internal/cloud-mining/list/btc

Sebelum bermula , Daftar disini : www.minergate.com

Bagi penulis , Cloud Mining , tidak mendatangkan keuntungan yang besar sekarang, kerana harga crypto naik turun yang kritikal kini semasa penulisan. Namun untuk jangka masa panjang ia adalah berbaloi kerana walaupun Bitcoin telah penuh kuota max supply 21 juta, anda masih boleh memilih pakej untuk mining ctypto lain. Ini kerana hasrate yang anda beli adalah tetap lifetime. kecuali mining Smartcontract yang mempunyai tempoh kontrak.

Jika anda mempunyai banyak komputer untuk dilupuskan, ataupun syarikat pelupusan elektronik. Cuba fikirkan tentang penciptaan energy tenaga elektrik sendiri untuk memanfaatkan keuntungan 100% dari perlombongan kripto tanpa modal bayar elektrik.

Penulis juga menyeru kepada pembaca-pembaca supaya berhati-hati memilih syarikat yang menawarkan perkhidmatan Cloud Mining Servis . Ini kerana banyak laporan telah dibuat , kerana berluasa website-website dan syarikat scam dalam menawarkan perkhidmatan cloud mining. Review yang dibuat atas dasar pengalaman penulis dalam menggunakan sistem perkhidmatan yang ditawarkan MinerGate. Tidak lebih dari itu.

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!