Nilai Mata Wang Kripto Kembali Stabil

86

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Korea Selatan berkira-kira mengambil tindakan untuk mengharamkan mata wang kripto apabila harga Bitcoin menjadi tidak stabil. Daripada $19,850 pada pertengahan Disember lepas kepada $12,000 dalam masa beberapa hari sahaja, nilai mata wang kripto mencatat rekod yang sangat tinggi. Nilai yang naik dan turun dengan pantas dikatakan berpunca salah satu daripada ketakutan para pelabur dan juga perasaan cemas yang dititipkan oleh pencuri berprofil tinggi.

Berbalik kepada Korea Selatan, orang ramai tidak lagi dibenarkan melabur untuk Bitcoin dan mata wang kripto yang lain secara rahsia tetapi tidak pula akan mengharamkan mata wang kripto sepenuhnya. Malah Theresa May juga menjangkakan United Kingdom untuk bertindak seperti korea Selatan kerana bimbang akan populariti mata wang kripto dalam kalangan penjenayah.

Nilai mata wang kripto berterusan jatuh selepas Krismas di mana sebanyak $2,000 menurun dalam masa hanya satu jam. Kemudiannya nila tersebut kembali meluncur naik sebelum jatuh sekali lagi pada pertengahan Januari. Bitcoin dikatakan sistem yang tidak menentu dan nilainya akan berterusan untuk berubah tanpa dijangka. Dengan kenaikan Bitcoin lah wujudnya wang digital yang lain seperti Ethereum, Litecoin dan Ripple XRP menjadikan semakin ramai orang ingin melabur dalam mata wang kripto.

Pakar kewangan menasihati pelabur yang berpotensi supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan Bitcoin dan mempraktikkan diri untuk lebih berhati-hati dalam masa akan datang. Namun ada juga mempercayai bahawa Bitcoin bakal mencecah $1,000,000 kerana ia tiada bank pusat dan tidak terikat dengan mana mana negara. Dengan adanya Blockchain sebagai pemegang lejer Bitcoin untuk mencatat sebarang transaksi, sistemnya yang tidak boleh diundur boleh menarik perhatian penjenayah cyber.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!