OPERA – Wallet Crypto di Dalam Browser Internet Untuk Pertama Kali Dilancarkan

113

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Pelayar web Opera versi Android melancarkan versi beta peribadi yang akan merangkumi wallet crypto terbina didalam. Opera kini telah mengimplikasi wallet crypto malah kelebihan kedua-dua pelayar web dan mudah alih mereka telah dimasukkan perisian anti-cryptojacking sejak Januari 2018.
 
Wallet crypto Opera akan menyokong Ethereum Web3 API dan akan disepadukan dengan “WebView” di atas. Opera dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa wallet itu secara automatik akan menambah token dan coin ke dalam dompet dari semasa ke semasa.

 

Jika anda ingin mencuba aplikasi browser ini, sila layari : https://www.opera.com/crypto 

 

Jon Stephenson von Tetzchner, founder Opera berkata,
“Harapan kami ialah ini akan mempercepatkan peralihan kriptografi dari spekulasi dan pelaburan digunakan untuk pembayaran dan urus niaga sebenar dalam kehidupan harian pengguna kami.”

Opera melancarkan Opera Mini Android Browser mereka pada tahun 2015, dengan niat untuk mengembangkan pangkalan penggunanya menjadi 250 juta menjelang 2017. Menurut data dari Jun 2018 di Wikipedia, Opera mempunyai penggunaan sebanyak 3.5% untuk semua pelayar global, penggunaan 4.55% untuk penyemak imbas mudah alih di seluruh dunia. Opera Mini mempunyai 0.55 peratus bahagian pelayar tablet di seluruh dunia sehingga Februari 2018.

Namun tiada lagi kedengaran berita tentang Opera akan mengeluarkan mata wang crypto nya tersendiri. Berbeza dengan Mozilla Firefox yang membuka satu lagi Platform Browser Internet baru yang dikenali sebagai Brave, mempunyai matawang cryptonya sendiri iaitu Basic Attention Token (BAT). Bezanya Brave tidak mempunyai wallet untuk matawang crypto lain , cuma boleh wallet untuk menyimpan BAT sahaja.

Sebelum ini sebaik sahaja Google mengishtiharkan Inovasi terhadap teknologi Blockchain . Opera terus melancarkan Wallet didalam Browser nya. Secara tidak langsung Mozilla Firefox dan Opera telah menanam ilham pada Google yang merupakan “Carian Enjin” terbesar dunia.

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!