Pelajar Menulis Buku 57 Halaman Mengenai Bitcoin

49

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Seorang pelajar berusia 11 tahun bernama Andrew Courey dari Massachusetts, Amerika Syarikat baru saja menerbitkan sebuah buku mengenai bitcoin supaya generasi muda dapat memahami teknologi baru ini yang telah merebak ke seluruh dunia. Pelajar tersebut menganggap dirinya pakar dalam bitcoin, dan buku sebanyak 57-halaman menerangkan apa itu kriptografi dalam cara yang rakan-rakannya dapat memahami.

Andrew Courey adalah seorang pelajar sekolah menengah dari Massachusetts, dan dia berharap dapat memperoleh $20 juta pada usia empat belas tahun nanti. Courey membuat perjanjian dengan ibu bapanya jika dia memperoleh $20 juta pada masa itu, dia boleh tinggalkan sekolah seperti perjanjian jutawan Bitcoin Erik Finman dengan ibu bapanya. Selepas berjam-jam kerja penyelidikan dan membuat video Youtube yang meliputi subjek Bitcoin, Courey memutuskan untuk menulis buku mengenai topik itu. Buku yang bertajuk “Early Bird Gets The Bitcoin: The Ultimate Guide To Everything About Bitcoin” boleh didapati di Amazon dalam bentuk e-book atau dalam bentuk buku.

Bahagian pengenalan menyatakan:
Hari ini kita akan belajar tentang mata wang dalam talian yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto, dan pada pengakhiran, anda akan menjadi pakar bitcoin..

Ayah Courey adalah seorang pelabur teknologi dan mendorong Andrew untuk menggunakan pengajiannya selama ini dengan menerbitkan buku tentang bitcoin dengan cara yang lebih mudah.

“Sesiapa sahaja boleh belajar mengenai kriptografi jika mereka sanggup menghabiskan 70 hingga 80 jam meneliti setiap sumber sehingga mereka mendapat beberapa sumber yang masuk akal” jelas Andrew dalam wawancara baru-baru ini dengan CNBC. “Keseluruhan buku ini, dalam istilah yang paling mudah, sangat mudah dibaca dan mudah difahamkan”

Analogi Berkaitan
Buku pelajar ini cuba menggunakan analogi berkaitan untuk menerangkan teknologi mata wang kripto dan blockchain. Untuk menjelaskan lejar yang diedarkan, Courey menjelaskan bahawa blockchain adalah serupa dengan dokumen Google awam yang “dikongsi dengan semua orang dan ia hanya boleh diedit dengan membeli atau menjual bitcoin”. Selain itu, Courey mengatakan dompet mata wang digital adalah setanding dengan peti mel di mana pemiliknya hanya mempunyai kunci. Courey menerangkan dompet bitcoin dalam bukunya mencatat:

Bayangkan ada peti mel – tukang pos boleh menghantar mel ke mana-mana peti mel, tetapi hanya orang yang mempunyai kunci boleh mengakses mel tersebut. Buku ini meliputi konsep-konsep seperti dompet, perlombongan, dan teknologi lain yang terikat dengan mata wang kripto. Selain itu, buku ini membincangkan sejarah bitcoin, Initially Coin Offering(ICO), dan protokol ethereum juga. Pada akhir setiap bab, Courey menyimpulkan dengan fakta menarik mengenai subjek-subjek yang dibincangkan dalam bahagian itu.

sumber: Bitcoin News, ditulis oleh Jamie Redman

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!