“Penggunaan Crypto Bakal Massiv di Seluruh Dunia” – Founder New York Stock Exchange

125

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Ketua eksekutif syarikat yang memiliki dan mengendalikan bursa saham terbesar di dunia percaya bahawa bitcoin mempunyai potensi untuk menjadi “mata wang digital pertama yang akan diiktiraf sedunia”

Intercontinental Exchange (ICE) – Pemilik Bursa Saham New York (NYSE) – sedang membentuk sebuah syarikat baru, yang digelar Bakkt, bertujuan untuk memecahkan tembok antara Wall Street, Main Street, dan Cryptocurrency.

Founder ICE, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Jeffrey Sprecher menjelaskan bahawa beliau percaya bahawa – disokong oleh infrastruktur Bakkt – Bitcoin boleh menjadi mata wang digital pilihan masyarakat dunia untuk pembayaran global.

“Bitcoin akan memudahkan pergerakan mata wang secara global,” kata Sprecher. “Ia mempunyai potensi untuk menjadi mata wang digital pertama yang diiktiraf masyarakat sedunia.”

 

Langkah itu akan menyaksikan ICE bukan sahaja melancarkan perkhidmatan trading cryptocurrency tetapi juga menjamin cryptoassets dan membantu syarikat IPO pedagang seperti Starbucks – yang telah menandatangani platform sebagai rakan kongsi untuk menerima aset digital Bitcoin untuk pembayaran setiap hari. Ini satu kenyataan yang berlawanan sebelum ini malah dikira yang luar biasa untuk ICE, kerana kenyataannya pada tahun lepas mengatakan bahawa ia tidak mahu tergesa-gesa melancarkan produk berkaitan perkhidmatan berkaitan crypto.

Sprecher dan eksekutif ICE lain merancang untuk melancarkan platform crypto yang paling terbaik malah mana-mana firma Wall Street juga masih belum mencuba. Dengan penuh yakin, beliau berjanji jika berjaya, ia pasti akan memastikan bitcoin kukuh di dalam sudut jual-beli, Sprecher mengatakan bahawa ia juga dapat membantu pengurus aset konvensional menarik pelabur muda, yang ragu-ragu terhadap produk kewangan tradisional ( perbankkan sebagai pihak ketiga) sebagai pengurus aset bitcoin.

“Generasi Y pasti tidak mempercayai institusi kewangan tradisional perbankkan yang menjadi orang tengah dalam urusan mata wang kertas. Untuk mendapatkan kepercayaan mereka, bank, broker, dan pengurus aset harus menggunakan mata wang digital dengan kadar segera, kerana mata wang digital ini pasti digunakan generasi akan datang.

Walaupun berita tentang penggunaan BTC bakal menjadi massive, namun pasaran crypto ketika ini sedang menjunam, bagi penulis ini juga sebahagian dari taktik dan teknik bank besar untuk mengaut keuntungan dalam permainan “Pump and Dump” dan menggantikan pelopor terawal yang membeli pada harga $1000 USD.

Seperti yang diketahui penulis, bahawa bank memainkan peranan penting dalam agenda Pump n Dump ini untuk rakyat menghindari crypto supaya harganya jatuh ke tahap yang paling terendah lagi untuk mereka beli pada harga murah sebelum mereka secara rasmi melancarkan matawang digital sebagai urusan seharian.

 

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan dari Blocky.my dalam pengurusan Aset Digital. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!