Peralihan Era Digital

21

Minyak yang sedang turun harga sekarang ini adalah declaration of war yang semakin dekat , sementera stock market tengah jatuh ianya adalah sebaliknya dalam dunia crypto yang dalam kenaikan walau halving adalah pada bulan May , tak dapat nak dinafikan lagi yang kita sedang di transisi untuk berubah dari Petrol dollar kepada Digital Currency , penulis menggalakkan pembaca untuk mulai simpanan bentuk Digital , supaya kalau duit kertas ini hilang nilai secara tiba tiba, sekurangnya kita dah ada backup.

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

MATA wang kripto atau mata wang digital ialah sebahagian daripada evolusi mata wang maya yang dicipta dan disimpan secara elektronik.

Ia konsep terbaru yang wujud dalam ekonomi global menggunakan konsep kriptografi serta teknologi lejar yang diedar kepada semua peserta sebagai sistem keselamatan yang mendukung kestabilan dan kebolehpercayaannya.

Mata wang maya ini membolehkan pemiliknya membuat pembayaran secara maya untuk barang dan perkhidmatan tanpa pembabitan orang ketiga seperti bank, memudahkan proses serta mengurangkan kos transaksi.

Ringkasnya, Bitcoin boleh digunakan secara rahsia tanpa disertakan perincian maklumat pengguna, selain daripada nombor yang berbentuk kriptografi di seluruh negara, merentas sempadan tanpa pengawalan daripada mana-mana pihak.

Disebabkan ciri unik Bitcoin yang tidak dikawal selia mana-mana institusi, ada risiko untuk penyalahgunaan Bitcoin seperti penipuan, pembersihan wang haram, pencurian serta manipulasi berkaitan penawaran dan permintaan yang akan menyebabkan jurang turun naik harga yang tinggi secara mendadak.

Pelaburan dalam Bitcoin bergantung kepada sejauh mana seseorang pelabur itu sanggup menerima pelbagai jenis risiko seperti yang dibincangkan.

Tepuk dada, tanya minda.

Investment cadangan Bitcoin , bitcoin Sv, Ethereum , litecoin , chainlink,Binance coin

Follow kami di  Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!