Perang Dingin Microsoft & Google menentang CryptoCurrency

Mengapakah syarikat-syarikat gergasi dari Silicon Valley masih belum mengimplikasi blockchain dan seumpanya ke dalam sistem mereka sehingga kini?

78

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Tahun 2000 merupakan era milenium digital, apabila muncul syarikat-syarikat IPO Silicon Valley mula bertapak dan terus melonjak dalam industri “dotcom”.  Di sini dapat kita lihat bermulanya syarikat-syarikat besar seperti Facebook, Twitter, dan Instagram mula bertapak.

Dari sudut SEO (Search Engine Optimization) pula bermula dengan IE , Netscape, Yahoo, MSN, Hotmail serta Mozilla Firefox mula mencipta revolusi internet, namun pada 2004 , Google mula menempah nama dalam dunia SEO dan terus berjaya sehingga kini. Meninggalkan pesaingnya jauh kebelakang hinggakan syarikat besar seperti Yahoo! dan MSN juga tidak mampu menandingi Google,

Namun pada 2010 crypto mula menempah nama bermula dari “DeepWeb” apabila kes wikileaks yang berjaya diberkas mula tersebar luas.

Melihat dari peperangan antara dua industri besar ini akan mengubah hala tuju informasi teknologi. Dalam peperangan siber ini, beruntunglah bagi mereka yang bijak mengambil peluang dalam perang siber ini. Apa yang dimaksudkan peluang yang baik ini ialah apabila Microsoft dan Google pasti tidak akan mengimplikasi blockchain atau seumpamanya pada sistem mereka , ini kerana beberapa faktor yang sangat kuat.

 

Scenario 1

Google merupakan platform yang terawal dalam menyebarkan berita serta info maklumat tentang crypto kepada orang ramai, namun Google sendiri tidak bertindak untuk mengimplikasi blockchain kedalam sistemnya, Mengapa? Ini kerana faktor persaingan Google akan menjadi lebih sukar bergerak, kerana ia umpama Google telah menghidupkan “time bomb” bagi pesaing-pesaing nya.

Contoh seperti SiaCoin (SIA)
SiaCoin adalah sebuah syarikat Crypto yang menawarkan sistem Cloud Storage , sama seperti Dropbox. Malah lebih baik dari GoogleDrive apabila menjaminkan jaminan ‘privacy’.

BasicAttentionToken (BAT) , adalah sebuah syarikat dari Mozilla Firefox yang menawarkan perkhidmatan browser. sama seperti Chrome. malah lebih baik dari Chorme kerana dengan menggunakan Browser Brave, anda boleh melayari internet tanpa sebarang gangguan dari advertising. Malah perkhidmatannya adalah percuma.

Scenario 2

Sebelum ini terdengar khabar angin bahawa coin IOTA (Internet of things) dimiliki oleh Microsoft , namun khabar angin itu hanyalah palsu semata untuk memanipulasi harga pasaran. Hakikatnya syarikat-syarikat silicon valley ini sebenarnya cukup anti dengan crypto kerana pasaran crypto mula menjadi saingan pasaran saham conventional. Disebebakan perkara ini lah syarikat-syarikat Silicon Valley ini seperti Facebook, Google dan lain-lain lagi mula mengharamkan pengiklanan berkaitan crypto. Perkara ini sahaja sudah cukup menjadi bukti bahawa syarikat-syarikat besar ini mula goyah  dengan perkembangan Crypto yang semakin meluas.

Scenario 3

Google & Microsoft pasti akan mencetus fenomena apabila mereka cuba mengimplikasi blockchain kedalam sistem mereka. Perkara ini akan mencetuskan peperangan perniagaan yang  mengakibatkan beberapa syarikat besar crypto akan bergabung dalam memberi saingan pada Google, disebabkan itu Google memilih langkah bijak untuk tidak terlibat dalam industri kripto. Tindakan Google mengimplikasi blockchain hanya akan menjatuhkan pasaran saham nya sendiri. Walaupun lambat laun mereka tetap akan menggunakan CryptoCurrency kerana arus dunia , namun saya percaya “jenama baru pasti dicipta”

Saranan
Beberapa coin seperti SiaCoin(SIA), BasicAttentionToken(BAT), serta beberapa coin lain masih mampu untuk terus berkembang. Namun coin-coin seperti ini kebiasaan mengambil masa 3-5 tahun untuk harga nya melonjak jauh. Contoh seperti Bill Gates membuka tawaran ico Window95 pada tahun 1994. Sesiapa yang masih menyimpan saham Microsoft waktu itu, hari ni pasti sudah jutawan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!