Perlu Atau Tidak Ada Guna App Blockfolio?

Mengapa Blockfolio Menjadi Pilihan Mobile User?

3,709

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Kami dapat banyak pertanyaan, apakah app terbaik untuk kita mengikuti perkembangan cryptocurrency di pasaran?

Hari ini kami di Blocky ingin berkongsi dengan anda, terdapat satu app yang boleh membantu anda mengurus portfolio Bitcoin dan Cryptocurrency dihujung jari.

Anda boleh muat turun aplikasi ini terus ke telefon pintar anda secara percuma (boleh didapati di Google Play dan Apple Store). Aplikasi ini menyokong  lebih 3,000 cryptocurrency dan anda boleh memilih portfolio pilihan anda dan memantau pergerakan harga setiap hari.

Terbaru, bagi mereka yang mempunyai portfolio seperti ICON, DigiByte (DGB), SiaCoin (SC), IOST dan  PIVX melalui signal update.

Terdapat lebih dari 200 exchanger yang disokong oleh Blockfolio. Kita dapat memantau manakah exchanger yang aktif dan berpotensi untuk kita membina portfolio cryptocurrency yang lain.

Anda boleh melihat portfolio dalam lebih dari 30 jenis matawang seperti USD, EUR, JPY, GBP, BRL, KRW dan MYR atau memilih dapat nilai BTC atau ETH.

Setiap portfolio akan dipaparkan personal graf berdasarkan trend semasa.

Sebagai seorang peminat dan pemilik cryptocurrency, sangat penting untuk anda memiliki tool-tool yang membantu anda membuat keputusan dan tindakan. Di Blocky, kami menyokong usaha-usaha pembangun aplikasi dan platform kerana ini akan terus membantu teknologi blockchain terus memainkan peranan penting membawa kemajuan kepada sesebuah negara.

Jom kita pakat menerokai dunia teknologi ini bermula dengan menjadi follower setia Blocky.my!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!