Petro : Pasport Venezuela Hanya Boleh di Hidupkan dengan Crypto Petro

68

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Presiden Venezuela menetapkan bahawa untuk membayar yuran pasport negara tersebut menggunakan crypto Petro, mulai minggu depan, kata naib presiden negara Delcy Rodriguez dalam sidang akhbar Jumaat, 5 Oktober.

Di hadapan pelancaran rasmi Petro pada bulan November, Rodriguez mengesahkan bahawa bayaran untuk semua permohonan pasport hanya boleh dibayar dengan Petro, dan jumlah cas dikenakan juga bertambah: 2 petros untuk pasport baru dan 1 petro untuk menyambung visa pasport.

Dalam kes ini, dikatakan banyak rakyat Venezuela yang berada di luar negara tertekan dengan kos pasport iaitu $ 200 untuk passport baru dan $ 100 untuk sambungan.

Venezuela telah berusaha untuk memerangi kesan sampingan inflasi yang merajalela dan ekonomi negara yang gagal dengan memakai penggunaan cryptocurrency untuk mengelakkan kawalan modal.

Seperti yang dilaporkan Blocky.my , Presiden Nicolas Maduro yang mendakwa penyelesaian krisis ekonomi negara secara konsisten telah mencetuskan kontroversi dalam negara, malah Petro juga dituduh menyalin dan menggunakan whitepaper Dashcoin.

Bersama-sama dengan bayaran pasport, Rodriguez juga mengumumkan pembentukan pasukan polis penghijrahan yang berdedikasi, direka “untuk memelihara keselamatan rakyat dan kawalan migrasi.

Apa yang dilakukan oleh pemerintah Venezuela kini amatlah tidak disukai oleh Kesatuan Nato. Pilihanraya lepas telah menjatuhkan proksi mereka dan kini hampir kesemua media barat mengutuk perbuatan Presiden Venezuela sekarang.

 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!