Polis China Serbu Perjudian World Cup 2018 Bernilai USD $1.5 bilion

65

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Polis China telah menyerbu perjudian Piala Dunia haram yang terbesar dinegara itu, malah website tersebut menganjurkan taruhan cryptocurrency bernilai lebih daripada 10 bilion yuan (AS $ 1.5 bilion), dalam perjudian sukan utama pertama yang melibatkan wang digital di negara itu.

Polis di selatan wilayah Guangdong berkata dalam satu kenyataan pada Khamis lalu bahawa mereka telah menangkap enam suspek utama dalam sindiket itu dan membekukan kira-kira lima juta yuan dalam akaun bank mereka, dan merampas lebih daripada 10 juta yuan cryptocurrencies yang mereka miliki.

Platform perjudian yang beroperasi di website internet, yang tidak diindeks oleh mesin carian tradisional atau google , kebanyakan dari perjudian haram bermula di “DeepWeb”. Malah ia website tersebut menerima cryptocurrencies seperti bitcoin, ethereum, litecoin dan beberapa crypto.

DeepWeb merupakan browser yang anonymous dan pencarian enjin yang lebih terperinci , malah lebih detail (mendalam) daripada Google.

Blocky.my tidak akan menyiarkan link direct , kerana VPN yang telah diset. Jika anda ingin mengetahui , anda sendiri perlu research, salah satu link yang boleh penulis kongsi kan:

How to Access the Deep Web [Best Guide] using Tor Browser

 

Menurut polis Guangdong. Dalam tempoh lapan bulan, operasi platform perjudian laman web itu telah menarik 330,000 pengguna berdaftar dari pelbagai negara, dan membina “Tentera” lebih daripada 8,000 ejen yang memperoleh komisen untuk merekrut anggota baru melalui skim piramid scheme.

Sindiket perjudian ini menggunakan kelebihan mata wang maya yang masih baru , tidak terkawal di negara kita untuk membuat keuntungan besar, kata kenyataan polis.

Pada September lalu, kerajaan China menutup semua bursa crypto tempatan dan mengharamkan tawaran permulaan awal (ICO).

Pihak berkuasa China telah menggagalkan rangkaian sindiket judi sejak permulaan Piala Dunia World Cup 2018. Minggu lepas polis di Beijing menahan lebih 40 suspek yang dikaitkan dengan skim perjudian dalam internet dengan pertaruhan bernilai 320 juta yuan.

Polis Beijing juga dilaporkan telah menyerbu operasi website sendiket perjudian Piala Dunia FIFA sebanyak US $ 48 juta

Dalam satu kenyataan yang berasingan pada hari Khamis, polis Guangdong berkata mereka telah menahan sejumlah 540 suspek dari lebih 20 website perjudian, dan 260 juta yuan telah dibekukan yang berkaitan dengan kegiatan jenayah, dalam kempen khas untuk menentang Perjudian Piala Dunia. Tetapi kes perjudian menggunakan crypto adalah yang paling sukar dikesan”.

Malah banyak crypto yang menawarkan perkhidmatan perjudian dan casino. Jika anda ingin mengenali crypto yang menawarkan servis perjudian dan casino kebanyakan mengunakan nama “DAO”.

Jika anda melabur membeli crypto yang mempunyai nama DAO , bermakna anda melabur kearah industri Casino dan Perjudian.

Contoh coin yang berasaskan perkhidmatan perjudian ialah : Unikrn (UKG , DAOCasino (BET) , DAOstack (GEN), Aurora DAO (AURA) , Fristblood (1ST) dan berbagai lagi crypto yang tidak popular menawarkan perkhidmatan perjudian.

Daripada topik ini membuktikan , kejatuhan harga crypto juga berpunca dari perjudian World Cup yang lebih menguntungkan dalam perjudian. Namun dari pandangan penulis keadaan dumpers ini kebanyakan berpunca dari event besar dunia seperti World Cup, dan pastinya selepas berakhirnya World Cup akan mula melabur dalam , selepas berakhirnhya World Cup 2018 , pasaran pasti akan kembali mendaki hingga ke World Cup 2022 akan datang.

Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!