Prospek ‘Mining’ Mata Wang Kripto 2018

139

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Dengan pertumbuhan mata wang kripto bak cendawan, permintaan terhadap alat-alat ‘mining’ juga bertambah. Beberapa tahun lepas, sesiapa yang memiliki perisian yang canggih dan lengkap boleh menjadi ‘miner’, namun perubahan drastik yang dicerminkan masa kini tidak lagi memerlukan kaedah lama. Berikut merupakan prospek yang dijangkan popular pada 2018.

Kad Grafik

Jun lepas AliExpress, sebuah platform ‘online shopping’ yang terkenal melaporkan bahawa semakin ramai pelanggannya memburu kad grafik yang sesuai digunakan untuk tujuan ‘mining’. Antara kad grafik yang popular ialah GeForce GTX 1060, GTX 1070 dan Radeon RX480 di mana semuanya di bawah syarikat Nvidia dan AMD. Laporan kenaikan peratusan pembelian kad grafik ini disebabkan oleh pelaburan yang dilakukan di bawah Ethereum dan mata wang kripto yang lain. Oleh itu, Nvidia telah mengambil langkah yang bijak dengan mereka kad grafik yang khas untuk kerja kerja ‘mining’. AMD juga tidak melepaskan peluang untuk mencipta kad grafik baru yang dinamakan Starship yang bakal dilancarkan tahun ini.

Namun pakar sektor ini, Joseph Moore, seorang penganalisa dari syarikat Morgan Stanley menjangkakan sebaliknya dengan menyatakan ‘mining’ tidak akan bertahan lama kerana lambat laun ia akan bertukar kepada pelaburan yang tidak membawa profit. Antara penyebabnya ialah penukaran 5 ETH kepada 3ETH dan juga penukaran Proof of Work (PoW) kepada Proof of Stake (PoS). Kebarangkalian ini juga diramalkan oleh seorang penganalisa dari syarikat Jepun, Vijay Rakesh. Ketua Nvidia, Juan Zhiensjun menyangkal kemungkinan tersebut dan yakin dengan jualan GPU untuk tujuan mata wang kripto dan Blockchain.

ASIC ‘miners’

ASIC (Application-Specific Integrated Circuit) merupakan cip yang dicipta khusus untuk tujuan ‘mining’. ASIC digunakan oleh alatan yang spesifik dan menjalankan fungsi yang terhad. Menggunakan tenaga yang sedikit, cip ini amat berkuasa dan lebih jauh membawa keuntungan daripada kad grafik. Tambahan pula ‘mining’ memerlukan masa untuk pemasangan dan pengendalian namun dengan adanya ASIC yang lengkap, semua itu tidak lagi perlu. Tahun ini, syarikat besar seperti Samsung, Intel, TSMC dan Global Foundries telah mencipta sekeping cip berukuran 7nm khas untuk ASIC mining.

Cloud Mining

Sudah terbukti bahawa alatan yang mahal dan menggunakan tenaga yang banyak diperlukan untuk ‘mining’ yang berjaya. Syarikat seperti Hashflare, Genesis Mining, Bit Miner dan OxBtc mempunyai pusat data yang berkuasa dan menyediakan alatan yang kemudiannya menawarkan perkhidmatan sehingga ke tangan pelanggan yang terakhir. Apabila kontrak sudah diperakui sah dan dibayar oleh pelanggan, syarikat-syarikat ini akan menyediakan akses kepada pelbagai mata wang kripto ‘mining’. Cloud mining juga berpatutan , boleh dipercayai dan mudah digunakan dan tidak memerlukan alatan yang mahal untuk menjalankan activity ‘mining’.

Tetapi terdapat juga kelemahan dalam cloud mining. Penjual berkemungkinan menyumbangleweng atau menipu atau bersikap tidak adil seterusnya mendedahkan servis kepada penggodam.

Cukai ‘Mining’

Sehingga kini, tiada undang undang negara yang mengikat mata wang kripto seluruh negara termasuklah di Rusia. Namun begitu, Presiden Dekri Rusia meyuarakan pendapatnya bahawa kerajaan dan bank pusat akan mengenakan cukai dan bayaran pendaftaran yang dibuat di bawah aktiviti ‘mining’ pada musim panas akan datang. Inisiatif ini dtujukan khas untuk kedua dua syarikat dan individu. Pada Disember lepas, persekutuan Rusia mencadangkan untuk memperkenalkan kadar cukai untuk ‘mining’ sebanyak 14%.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!