Rakyat Malaysia Bakal Membayar Bil Melalui Mata Wang Kripto

123

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Sebuah firma mata wang kripto yang berpusat di Malaysia yang dikenali sebagai Everus Technologies Sdn Bhd (EVR) telah melancarkan Everus Mobile Wallet, sebuah mata wang kripto yang berlandaskan Ethereum di mana rakyat Malaysia boleh membayar bil utiliti mereka mulai esok. Ketua Pegawai Eksekutif Everus, Srivinas Oddati, mengeluarkan kenyataan bahawa ‘wallet’ keluaran mereka ini adalah selamat dan terjamin kerana sistemnya yang menggunakan wajah dan cap jari pelanggan untuk pengesahan.. Tambahnya lagi syarikat tersebut kini sedang bekerjasama dengan syarikat syarikat telco komunikasi di Malaysa melalui rakan kongsi mereka namun tidak dibincangkan selanjutnya.

Senarai peniaga-peniaga yang terlibat dalam EVR boleh diakses oleh pelanggan sebaik sahaja platform tersebut berada dalam status ‘online’ di seluruh negara. Firma itu juga mensasarkan sekurangnya 500,000 peniaga akan menyertai ‘wallet’ ini sehingga hujung tahun dan melebarkan sayapnya di 135 buah negara. Namun, di sebalik berita baik ini, pelanggan juga harus tahu bahawa EVR hanya boleh dibeli dengan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Dan hanya pertukaran seperti Cryptopia dan C-Cex boleh dijadikan platform untuk membayar bil utiliti. EVR juga sedang berusaha mendapatkan kelulusan dari Bank Negara Malaysia untuk menukarkan Ringgit Malaysia kepada mata wang EVR yang sudah didaftarkan sejurus BNM mengeluarkan garis panduan untuk mata wang kripto September lepas.

Kemudian beliau menyatakan bahawa di Amerika Syarikat, rakyatnya  boleh menukar US Dollar kepada EVR malah menggunakan kad kredit untuk membeli mata wang kripto. Di Malaysia, sebelum ini kita diharamkan berurusan dengan kripto kerana kerajaan tidak jelas tentang peraturan dan cara sistem itu berfungsi. Kini, sudah jelas bahawa BNM membenarkan rakyat Malaysia menggunakan mata wang kripto, EVR akan terus mengintegrasikan bank tempatan untuk menyertai ‘wallet’ EVR dalam jangka masa 2 hingga 3 bulan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!