Risiko Dalam Mata Wang Kripto

88

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Mata Wang Kripto sebenarnya tidak layak dikategorikan sebagai mata wang yang mewakili atau membawa simbol sesebuah negara. Namun, ia diterima pakai kerana telah mendapat pengiktirafan rasmi sebagai tender yang sah oleh pihak kewangan di negara itu. Ini merupakan konstituen yang penting dalam mengekalkan stabiliti kewangan dan juga keadilan. Dunia pendigitalan memberi kesan yang besar kepada industri servis kewangan dan telah diramalkan bahawa akan berlaku fasa ketiga pada permulaan 2020.

EY Fintech Adoption Index 2017 menunjukkan bahawa satu daripada tiga pengguna menggunakan dua atau lebih servis fintech (financial technology) tahun lepas. Ini cukup membuktikan bahawa fintech telah pun diterima secara luas. Oleh kerana banking dan industri kewangan dikawal ketat, mata wang digital tidak mampu untuk bertahan
dalam sistem tersebut. Oleh itu, terdapat banyak percambahan mata wang digital yang melangkaui kuasa penyelenggara bank. Hal ini menentukan bahawa perlunya usaha-usaha untuk menguatkan penyelenggaraan dan pengurusan rangka kerja.

Malah mata wang kripto itu sendiri bukan dinilai sebagai mata wang dan ianya mustahil untuk melihatnya sebagai wang kerana ianya hanyalah algoritma cryptographic dan protocol, digunakan sebagai unit digital dalam Blockchain, sebuah platform DLT (distribute ledger technology) dan bertindak sebagai pelindung. Satu satunya perkara yang bernilai dalam mata wang kripto adalah unit yang diwakili dalam token digital. Ianya jelas apabila beberapa token digital tanpa nama yang muncul merupakan projek yang tidak terjamin, terdedah kepada turun naik yang tinggi dan perubahan nilai harga ditentukan oleh sentiment pelabur dan penonton.

Selain itu, ICO (Initial Coins Offering) yang pesat maju menawarkan lebih daripada sekadar mata wang alam maya. Penggunaan Blockchain sebagai dasar untuk token digital telah diperbaharui dengan adanya rekod hak milik persendirian, hak untuk menuntut harta benda dan asset digital yang asas. Namun begitu, terdapat juga kekurangan pada Blockchain juga dimana ianya terdedah kepada pengubahan wang haram atau risiko pengganas dek kerana transaksi yang dilakukan atas dasar tiada nama (anonymous). ICO juga akan terdedah kepada penggodam dan penyumbangleweng.

Orang ramai sepatutnya memahami risiko-risiko yang bakal terjadi kepada ICO dan skim pelabur yang melibatkan token digital. Kebanyakan pelaburan yang terlibat boleh menimbulkan spekulasi yang tinggi dan pengguna juga haruslah berhati-hati dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.

Kesimpulannya keseluruhan konsep mata wang kripto ini berisiko dalam meletakkan kewangan negara dalam bahaya. Namun begitu, jika berjaya dibendung dengan baik dan mendapat sokongan orang ramai terutamanya kempen-kempen berpendidikan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!