Risiko “GAMER”Coin (ENJ,DGB,GAME,1ST,UKG)

Risk of coin based on Game platform

79

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Seiring dengan arus perkembangan teknologi, industri permainan video digital yang semakin meluas. Munculnya beberapa syarikat yang ingin mengasas/ mencipta platform game dengan asas crypto. Malah bitcoin sendiri pernah menjadi matawang dalam permainan video digital online yang paling mendapat sambutan tinggi dunia iaitu “Second Life”, dan kini syarikat itu mencipta blockchain nya dalam permainan tersebut.

https://bitcoinmagazine.com/articles/second-life-creator-uses-blockchain-tech-enhance-new-vr-gaming-experience/

Namun berbalik kepada tajuk artikel ini ialah risiko terhadap coin-coin yang cuba mengambil konsep platform game seperti :

EnjinCoin(ENJ),
Digibyte(DGB),
GameCredit(GAME)
Firstblood(1ST),
UnikrnGold(UKG)
RevolutionVR(RVR)
MobileGo(MGO)
Decentraland(MANA)
LevelUpCoin (LUC)

serta beberapa coin-coin baru yang tumbuh bak cendawan memberi banyak persaingan dalam industri video game. Malah menjadi risiko besar apabila JIKALAU company coin-coin ini gagal menjalankan “roadmap” nya kerana kurang sambutan worldwide.

Scenario 1
Sebelum munculnya crypto , telah munculnya platform-platform gamers seperti Uplay , GARENA mendominisasi industri game, namun dalam beberapa tahun sahaja keadaan berubah sekelip mata apabila munculnya syarikat-syarikat besar seperti Valve yang melancarkan platform Steam, Window melancarkan WindowStore, lain-lain syarikat platform seperti OnePlay, GamersGate dan Origin mula mendominisasi pasaran dunia hingga kini dan akhirnya platform seperti Uplay dan Garena tinggal lah bak pepatah “hidup segan ,mati tak mahu”.

Melihat dari sudut scenario ini maka boleh  dikatakan hampir 90% crypto yang berasaskan game akan gagal, malah jika company-company besar seperti Steam dan company seumpanya mula mencipta matawang cripto nya sendiri ,maka coin-coin yang saya nyatakan pasti akan lebih sukar untuk berkembang kerana persaingan yang sangat kuat dan kemungkinan besar harganya akan terus menurun.

Scenario 2
Walaupun ada kemungkinan platform WindowStore, AppsStore dan GoogleStore tidak akan mencipta matawang kripto, namun syarikat-syarikat besar seperti Valve dan Blizzard sudah cukup memberi impak besar pada Industri game dan kripto jikalau mereka mula mengimplikasi blockchain kedalam sistem game online mereka. Namun dalam keadaan begini, GameCredit(GAME) , MobileGo(MGO), Decentraland(MANA) masih dilihat masih bertahan dan berpotensi untuk terus berkembang dari semasa ke semasa. Pendangan ini dilihat kerana ketiga-tiga coin ini mempunyai komuniti yang kuat, selain dari didukung oleh team yang berpengalaman membuat coin lain.

Kenapa saya tidak sebut EnjinCoin(ENJ), ini disebabkan faktor, EnjinCoin hanya kuat dari sudut komuniti traders & holders, masih belum mempunyai komuniti gamers berbeza dengan Decentraland & GameCredit kerana sudah mempunyai komuniti gamers, traders & holders.

(*komuniti gamers adalah komuniti yang menghidupkan coin tersebut dengan sangat aktif dalam menggunakan perkhidmatan sistem yang ditawarkan,perkara ini menyebabkan coin dalam keadaan stabil, berbeza dengan pandangan komuniti traders yang mencatur harga, dan pandangan holders dalam siksaan menunggu harapan. Namun harus diingatkan juga bahawa komuniti tidak menjamin masa hadapan, kerana terjamin berlaku pada Tom Myspace dan Friendster.)

Scenario 3
(Saya lebih suka menunggu syarikat besar seperti valve&bllizard mula terlibat dengan kripto berbanding mengambil risiko melabur terhadap syarikat baru yang mula dengan membuka ICO.)

Walaupun belum ada berita tentang implikasi blockchain pada syarikat-syarikat besar ini , namun lambat laun sistem blockchain atau seumpamanya pasti akan diimplikasi kerana dunia era teknologi yang sedang kita diami ini sedang menuju kearah itu.

Pandangan ini diambil kerana ,mana-mana industri yang wujud didunia ini, walaupun banyak syarikat yang bercambah tetapi tetap ada syarikat yang monopoli pasaran dunia.

 

Saranan
Walaupun risikonya amat tinggi kepada Holders (HODL), namun jikalau anda adalah seorang Traders yang bijak pasti anda akan tahu bila peluang jual beli yang terbaik. Disarankan 100% anda harus/wajib mengikuti perkembangan trend & semasa jikalau anda memilih coin-coin ini untuk dijadikan pendagang(traders) mahupun pemegang (holders).

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!