Coinbase – Satu Bilion Manusia Akan Menggunakan Cryptocurrency dalam 5 Tahun Lagi

151

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Dunia wang digital sedang merevolusi di hadapan mata kita. Cryptocurrency sedang mewujudkan paradigma baru untuk sistem pembayaran alternatif dan perbankan yang esentralisasi. Tidak syak lagi bahawa penggunaan pelbagai cryptocurrency bakal meningkat dengan pesat.

Ketua Coinbase bertindak balas terhadap pertanyaan mengenai jangkauan cryptocurrency di TechCrunch Disrupt di San Francisco, yang mana beliau meramalkan bahawa 1 bilion orang akan menggunakan cryptocurrency dalam tempoh lima tahun akan datang.

Armstrong percaya bilangan syarikat cryptocurrency yang semakin meningkat akan menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem keseluruhan. Syarikat-syarikat ini, di bawah persekitaran yang dikawal selia, akan mengeluarkan token mereka yang disokong oleh pasaran masing-masing. Dengan cara ini, aset digital ini akan menjadi sistem pelaburan alternatif selain daripada ekuiti.

Coinbase, syarikat dari A.S. yang dimiliki oleh Brian Armstrong, merupakan salah satu syarikat pertukaran exchange bitcoin, altcoin serta fiat terbesar di dunia. Mereka baru-baru ini memasuki pasaran U.K untuk meluaskan pengguna crypto diseluruh negara eropah. Baru-baru ini Coinbase mengumumkan rancangan mereka untuk membuka pejabat baru di Benua Afrika.

“Pendekatan kami sentiasa menjadi bursa saham paling dipercayai dan paling mudah digunakan. Oleh itu, kami ingin menjadi tempat yang mematuhi undang-undang di mana anda boleh mula memperdagangkan token ini yang diklasifikasikan sebagai sekuriti dan diiktiraf.” Brian Armstrong

 


Dalam jangka panjang, Armstrong percaya mereka akan berfungsi seperti New York Stock Exchange (NYSE), dengan perancangan berjuta token bakal dimasukkan dalam portfolio mereka.

 

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan dari Blocky.my dalam pengurusan Aset Digital. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!