Selebriti Antarabangsa dan Cryptocurrency

47

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Tidak ragu lagi bahawa cryptocurrency telah menjadi popular disebabkan oleh bualan hangat tentang Bitcoin beberapa bulan yang lepas. Walaupun kejayaan Bitcoin menaikkan nama cryptocurrency, pakar mengesahkan bahawa kemalangan sistem tidak mustahil untuk berlaku kerana kejadian penggodam menggodam sistem tersebut telah pun terjadi. Meskipun mempunyai isunya tersendiri, ini tidak melunturkan minat selebriti antarabangsa untuk menyokongnya. Berikut adalah 5 selebriti yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap cryptocurrency.

Ashton Kutcher

Pelakon ‘That ‘70s Show’ ini telah pun membuktikan dirinya seorang pelabur yang disegani melalui firma modal A-Grade Investments kerana membiayai Uber, Airbnb dan lain lain. Katanya “Tanggapan terhadap system ini ialah sistem yang mengekalkan identiti rahsia pengguna dan membolehkan pengguna mengawal sistem tanpa sempadan dengan selamat”. Tambahnya lagi, infrastruktur yang diketengahkan oleh Bitcoin boleh digunakan untuk tujuan keselamatan sesebuah syarikat.

Jamie Foxx

Pemenang Oscar ini mula menceburi dunia cryptocurrency awal tahun lepas. Buktinya terpancar jelas apabila beliau mempromosikan Cobinhood, bursa perdagangan cryptocurrency yang menjanjikan yuran perdagangan sifar pelabur melalui akaun Twitternya pada September lepas. Beberapa bantahan dikeluarkan oleh pakar terhadap Cobinhood kerana kemungkinan untuk perubahan yang mendadak seperti Bitcoin juga akan berlaku.

Paris Hilton

Waris kepada Hilton Empire dan juga bekas bintang TV ini telah menyertai aktiviti cryptocurrency sejak 2016. Beliau menyokong Lydiancoin yang diterajui oleh seorang CEO yang dituduh bersalah atas tuduhan membelasah teman wanitanya. Pada September yang lalu, Hilton mengumumkan bahawa dia akan terlibat dengan initial coin offering (ICO) dimana satu kaedah yang popular tapi kontroversi untuk menjana pelaburan orang ramai.

Floyd Mayweather Jr

Mayweather merupakan juara tinju yang menerima tuduhan atas perlakuan keganasan rumah tangga. Beliau juga menerima nasib yang sama apabila menyeru pengikutnya di Twitter untuk melabur dalam jualan permulaan cryptocurrency yang terbaru, Centra Token. Namun, Centra Token dikatakan melanggar undang undang keselamatan negara. Sokongan yang ditunjukkan oleh Mayweather boleh dinilai melalui dua statusnya di Instagram dimana beliau menyebut Stox.com dan Hubii Network.

Ghostface Killah

Ahli Wu-Tang Clan ini juga dikenali sebagai Dennis Coles. Pengumuman jawatannya sebagai Co-Founder bagi Cream Capital membuktikan kewujudan cryptocurrency apabila firma itu ditubuhkan bertujuan untuk membina rangkaian ATM yang membantu pengurusan coin seperti Ethereum dan Bitcoin. Cream Cash ialah nama token digital yang didaftarkan di bawah syarikat ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!