Senat Amerika Syarikat Menilai Semula Rang Undang Undang Mata Wang Kripto

51

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Kenaikan yang mendadak oleh penggemar mata wang kripto telah membawa kepada pelaburan yang tiada berkesudahan. Spekulator, pelabur professional malah syarikat besar juga mahu terlibat sama dan tidak menunjukkan tanda tanda untuk berundur. Dengan wujudnya saingan, pengawasan yang ketat juga meningkat termasuklah dari Kongres Amerika Syarikat. Walaupun mata wang kripto dikatakan mata wang alaf baru dan perlu melibatkan ramai pihak namun terdapat stigma yang timbul kerana keraguan terhadap aktiviti kewangan yang dijalankan secara haram. Pada Mei yang lepas, dua wakil yang bernama Kathleen Rice dan Derek Kilmer telah memperkenalkan satu rang undang undang bernama HR2433, sebuah rang yang bertujuan untuk mendesak Jabatan Homeland Security (DHS) untuk menyelaras bersama rakan kongsi persekutuan yang lain satu penilaian ancaman terhadap mata wang alam maya.

Secara spesifiknya, rang tersebut telah memanggil DHS untuk mengkaji ancaman yang dibuat oleh individu menggunakan mata wang kripto serta mereka yang menjalankan aktiviti yang menunjukkan keganasan. Penemuan oleh DHS dipercayai akan dikongsi bersama penguatkuasa undang undang yang lain dari tahap persekutuan, negeri dan tempatan. Sehubungan dengan itu, keganasan rangkaian yang dijalankan oleh ISIS disyaki menggunakan Bitcoin untuk membiayai aktiviti mereka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!