Syarikat Besar USA Lancar Dana Indeks Aset Digital dan Mengecualikan Crypto yang Pre-Mining

100

"Independence is happiness" - Susan B. Anthony

Morgan Creek Digital, sebuah institusi yang disokong oleh pelaburan rumah dengan aset bernilai $ 1.5 bilion dalam pengurusan hartanah, kini telah melancarkan Dana Indeks Aset Digital baru dengan kerjasama Bitwise.

Dana baru ini akan memberi para pelabur dan institusi yang diluluskan bakal mendapatkan pendedahan secara tidak langsung kepada Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan lapan aset digital pasaran besar yang lain, tidak termasuk Ripple (XRP) dan Stellar XLM).

Layari Laman Web Morgan Creek Digital : https://www.morgancreekfunds.com/

Dilaporkan kerana aset seperti Ripple dan Stellar dicipta melalui pra-lombong (pre-mined) – yang bermaksud bahawa sebahagian daripada token telah dicipta dan diperuntukkan kepada pengasas atau pemaju projek sebelum jualan token dibuat umum. Ini menyebabkan coin tersebut berpotensi boleh dimanipulasi oleh penciptanya.

Founder & Rakan bersama Morgan Creek Digital, Anthony Pompliano berkata:

“Sekiranya ada pihak pusat(pencipta sesuatu coin) yang memiliki lebih dari 30% circulating supply (bekalan semasa), maka kami akan mengeluarkan mereka dari senarai indeks digital aset kami, kami sangat yakin bahawa banyak risiko tambahan yang mungkin terjadi jika ia adalah rangkaian yang centralized.”

Ini juga berlaku untuk token seperti TRON (TRX), NEO dan NEM, yang dilaporkan pada masa akan datang akan dikecualikan atas alasan yang sama. Ini kerana Coin tersebut mempunyai owner yang memegang bekalan coin lebih dari 30%.

Layari Laman Web : https://www.digitalassetindexfund.com/

Sementara pengasas Bitwise, Hunter Horsley dilaporkan mengesahkan bahawa keputusan untuk mengecualikan aset yang telah dilombong (pre-mined) adalah berdasarkan kebimbangan mengenai potensi penipuan dan manipulasi owner coin, di samping ketidakpastian peraturan yang mengelilingi status sekuriti token dengan pemilikan berpusat (centralized).

Sebagai tambahan kepada Bitcoin dan Ethereum, indeks Morgen Creek juga memasuk kan Bitcoin Cash (BCH), EOS, Litecoin (LTC), Zcash (ZEC), Monero (XMR), DASH, Ethereum Classic (ETC) dan Omisego. Dana itu akan diawasi oleh jurucakap Bitwise Cohen & Company, dengan keputusan pelaburan yang diterbitkan setiap tahun bermula awal tahun 2019. Sebagai contoh jika di Malaysia, sistem pelaburan yang digunakan ASB, KWSP, TabungHaji dan seumpamanya diimplikasi dalam pelaburan crypto.

Di samping sekatan terhadap coin yang pre-mined, Morgan Creek menetapkan syarat kelayakan bergantung pada had jumlah perdagangan (max supply) dan keperluan owner coin untuk penyimpanan dalam “cold wallet”, yang membatalkan beberapa kriptografi lain daripada tersenarai.

Secara tidak langsung inilah pembukaan era baru untuk digital asset Decentralized , apabila dunia convensional mula mengimplikasi digital asset dalam perniagaan dan pelaburan mereka.

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan dari Blocky.my dalam pengurusan Aset Digital. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!