Syarikat Kerajaan Singapura Melancarkan Platform Blockchain Global Cross-Border

90

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Syarikat Kerajaan Singapura yang menyediakan platform perkhidmatan e-goverment Singapura iaitu CrimsonLogic telah melancarkan rangkaian blockchain rentas sempadan untuk perdagangan global.

Layari laman web CrimsonLogic : https://www.crimsonlogic.com/

Pelancaran platform baru yang diberi nama Open Trade Blockchain (OTB), platform ini direka untuk meningkatkan kecekapan multicoridor perdagangan antara China dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Layari laman web Open Trade Blockchain (OTB) : https://otb.globaletrade.services/login
*Hanya syarikat dibenarkan mendaftar.

Pelbagai syarikat telah mendaftar untuk menyertai OTB, termasuk China-ASEAN Information Harbour Co., TIFFA Group, dan Singapore’s Commodities Intelligence Centre.

Menurut Eugene Wong, pengerusi CrimsonLogic dan anak syarikatnya, GeTS, yang mengendalikan platform itu, berkata dalam kenyataannya bahawa teknologi blockchain boleh “membantu mewujudkan kepercayaan lebih besar di kalangan peniaga merentas sempadan,” tambahnya lagi.

“Jumlah perdagangan antara ASEAN dan China akan menjadi satu-satunya transaksi terbesar di antara dua wilayah dan kami berharap dapat memaximize teknologi ini.”

Langkah itu menandakan usaha selanjutnya ke dalam revolusi blockchain untuk Singapura, CrimsonLogic yang dimiliki oleh pihak berkuasa kerajaan Singapore dan Syarikat pengendali pelabuhan.

 

Syarikat GeTS juga menawarkan perkhidmatan payment gateway global untuk mana-mana perniagaan meluaskan pasaran. Jika anda mempunyai perniagaan , boleh cuba apply demo 30 hari trial.

Layari Laman Web Global e-Trade Service (GeTS) : https://globaletrade.services/

Pada bulan April, pertemuan negara-negara ASEAN menyaksikan Singapura menjanjikan sokongan luas untuk blockchain di seluruh kawasan itu, dengan menteri kewangan Heng See Keat menyatakan bahawa teknologi distributed ledger itu boleh “memajukan untuk ekonomi negara, sistem kewangan serta pembaharuan dalam segala sistem lama yang dianggap ketinggalan”

Jika Syarikat anda ingin bekerjasama dalam pasaran global. Sila PM Admin di Facebook page

Jika syarikat anda ingin dan memerlukan perkhidmatan untuk bekerjasama dalam pasaran Global ini. Sila PM admin di Facebook Page Blocky.my 

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!