"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

TENTANG KAMI

BLOCKY.MY diasaskan pada Oktober 2017, sebuah penerbitan online Malaysia yang bebas dan neutral, bertujuan untuk menjadi sumber rujukan mudah untuk semua aktiviti berkaitan mata wang kripto (cryptocurrency) dan teknologi Blockchain. Objektif utama kami adalah untuk memaklum, mendidik dan menyatukan komuniti Malaysia sebagai penyedia berita harian mata wang kripto yang berwibawa.

Permintaan dan kadar pertumbuhan untuk teknologi blockchain adalah pada tahap tinggi masa kini dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan memperlahankan rentak dalam waktu terdekat. Dengan peningkatan perniagaan, usahawan, bisnes permulaan (startups) dan pengguna yang mengguna pakai teknologi ini, kami berbangga menghabiskan masa setiap hari di tempat kerja dalam meningkatkan kesedaran mengenai kelebihan yang ditawarkan oleh inovasi ini.

Walaupun terdapat banyak laman web yang memberikan pengetahuan terfokus tentang satu-satu projek mata wang ini, BLOCKY.MY menyediakan satu sumber tunggal di mana semua projek tersebut terkandung di sini dan dijelaskan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pengguna yang tidak teknikal. Kami menawarkan berita terkini, harga, penemuan baru dan analisa terkini dengan penekanan terhadap pendapat pakar-pakar dan ulasan daripada komuniti mata wang digital.

PENGIKLANAN

Pilihan Lokasi & Saiz Iklan

  • • Papan Iklan Teratas (728 x 90)
  • • Segi empat sederhana (300 x 250)
  • • Papan Iklan Bawah (728 x 90)
  • • Artikel ditaja
  • • Tajaan Surat Berita
  • • Perkongsian Acara

Sila emel kepada [email protected] untuk sebut harga dan maklumat lanjut mengenai premium, kempen banner terurus atau untuk membincangkan bentuk tajaan atau peluang pengiklanan yang lain.

error: Content is protected !!