Thailand Sahkan Mata Wang Kripto, Pasaran ICO Bakal Tiba April Ini

49

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Gabenor kerajaan Thailand telah mengambil keputusan untuk membenarkan mata wang kripto digunapakai di negara itu. Veerathai Santiprabhob telah mendedahkan butiran mesyuarat antara timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan agensi yang terlibat pada minggu lepas. Mesyuarat itu sebulat suara bersetuju untuk mengeluarkan undang-undang baru yang menyelenggara mata wang kripto dalam masa hanya sebulan.

SEC (Security and Exchange Commission) Thailand menambah bahawa dekri diraja dilihat sebagai pemberi kuasa dalam menguruskan segenap aspek mata wangkripto termasuklah pertukaran dan pengumpulan dana ICO (Initial Coin Offering). Sepertimana yang dinyatakan dalam kenyataan September lepas, ICO dilihat mempunyai potensi besar dalam membantu meraih dana untuk syarikat baru dan juga perniagaan.

Idea ini telah menerima sokongan daripada bekas Menteri Kewangan Thailand dan kini seorang penyokong fintech, Korn Chatikavanji. Beliau juga merupakan pengerusi Thai FinTech Association, sebuah syarikat yang melonjak syarikat baru untuk naik di Bangkok dan mempunyai makmal pemeriksaan untuk Fintech startups. Dalam temubual yang diadakan minggu lepas, beliau ada menyebut tentang perbincangan antara badan tersebut,SEC, bank negara dan Menteri Kewangan yang memfokuskan penyelenggaraan sektor mata wang kripto oleh SEC. SEC juga telah dipersetujui oleh Korn untuk menjadikannya kuasa tunggal yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!