Top 5 Masternode Proof-of-Staking (POS) Yang Berpotensi

275

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Sebelum ini consensus yang didalam Blockchain adalah Proof-of-Work (PoW). Konsep proof-of-work adalah perlu menggunakan tenaga kuasa computer untuk menghasilkan Blok yang baru sehinggalah circulating supply mencecah max supply, barulah crypto tersebut tidak boleh dimining lagi. Contoh seperti gambar dibawah yang diambil di coinmarketcap.

Namun inovasi teknologi dalam blockchain , berbagai consensus telah dicipta, Block.my akan menerangkan dan menyenaraikan jenis-jenis consensus baru yang tercipta dari inovasi blockchain. Namun artikel kali ini , penulis menyenaraikan Crypto yang paling menguntungkan dengan menggunakan consensus paling terkenal selepas inovasi dari konsep Proof-of-Work iaitu consensus Proof-of-Stake (PoS).

Malah konsep Proof-of-Stake terkenal dan menjadi pilihan ramai pelabur kerana Proof-of-Stake menawarkan konsep dividen mengikut jumlah nilai coin yang dipegang.Kebanyakan pelabur memilih konsep masternode ini untuk menjana income yang maintain. Konsep ini boleh disamakan dengan tawaran servis dari Bank iaitu Fixed Deposit dan Unit Trust malah boleh jadi lebih bagus dengan kenaikan harga yang mendadak boleh mencapai keuntungan lebih dari 1000%.

Namun begitu , dengan cara ini juga banyak penipu-penipu mengambil kesempatan untuk menipu pelabur-pelabur baru. Oleh itu penulis menyenaraikan coin-coin yang menggunakan konsep Proof-of-Stake yang dipercayai bakal berjaya dalam persaingan dunia crypto selepas hasil dari beberapa kajian.

 

1.DASH

DASH adalah cryptocurrency yang dikenali sebagai wang digital diantara terawal sezaman Bitcoin malah adalah salah satu crypto perintis untuk melaksanakan bukti mekanisma konsensus Proof-of-Stake update dari Proof-of-Work sebelum ini.

Dash adalah kriptografi yang unik yang dibina di atas teras Bitcoin dengan ciri privasi dan transaksi tambahan yang cepat seperti PrivateSend dan InstantSend. Ia mengclaim dirinya sebagai tunai elektronik yang decentralized dan berhasrat menjadi sebagai bank untuk menukar ke wang tunai kertas yang digunakan di negara masing-masing seperti USD / GBP / EUR / INR atau CNY.

DASH juga membolehkan HODLers untuk mendapatkan dividen dalam bentuk DASH dengan menjalankan masternode. Tetapi minimum nilai coin yang diperlukan untuk staking adalah minimum 1000 coin DASH untuk menjalankan masternode.

Jika anda ingin membuat pelaburan masternode kini nilainya adalah sebanyak $ 253,800 (iaitu 1000 DASH x $253.80) untuk mendapatkan pulangan tahunan sebanyak 7.5% ditambah dengan ganjaran kenaikan harga DASH sepanjang masa maka ini cara terbaik ke hadapan kerana itu DASH adalah pilihan terbaik sebagai HODLERS . Apa yang lebih baik daripada pelaburan meningkat umpama seperti gabungan pelaburan Fixed dan Unit Trust (2in1)?.

Juga jika anda adalah pengimport awal DASH dan mempunyai sejumlah besar unit DASH maka anda pasti akan melihat ke dalam ini.

Nota: Dalam kajian penulis tahu DASH bukan menggunakan Proof-of-stake tapi sebenarnya adalah Proof-of-Service , cuma tetapi masternodesnya berfungsi dengan cara Proof-Of-Service dalam menyimpan duit coin DASH adalah sangat menguntungkan sebab itulah penulis menyenaraikannya sebagai ranking no.1.

AMARAN!!
Pastikan anda tidak tersilap coin , kerana dipasaran ada dua jenis coin yang menggunakan nama DASH (DASH) dan yang tiruan ialah DASH (DSH). Malah logo juga lebih kurang untuk mengelirukan pelabur. 

DASH YANG DIMAKSUD PENULIS IALAH COIN INI:
 https://coinmarketcap.com/currencies/dash/

SILA PASTIKAN BUKAN COIN INI:
https://coinmarketcap.com/currencies/dashcoin/

 

2. NEO

Jika Ethereum melambangkan Rusia , EOS melambangkan Amerika, Neo melambangkan China “. NEO, yang sebelum ini dikenali sebagai Antshares, merupakan projek blockchain pertama Negara China, malah semasa Anshare berada dipasaran harganya cuma $0.18 pada September 2016, dan mencecah harga paling tinggi $160.11 pada Feb 2018

Selain dari cryptocurrency, NEO mempunyai satu lagi crypto-token yang dipanggil GAS yang digunakan untuk transaksi seperti Ethereum. Inilah kelebihan NEO dari Ethereum (ETH) kerana NEO mengagihkan GAS pada pemegang coin NEO , ini tidak terjadi pada Ethereum.

 

3. CARDANO (ADA)

Cardano adalah protokol blockchain yang paling selamat dan menggunakan programer pengaturcaraan Haskell. Disebabkan itu Cardano dapat membenarkan “pengesahan rasmi” dilakukan pada setiap transaksi, dengan demikian memastikan tahap keselamtan dan privasi yang tinggi untuk semua data yang terkandung dalam rangkaiannya.

Namun Cardano sedang dalam pembinaan konsep Staking. Staking yang dmaksudkan juga berbeza dengan konsep Proof-of-Stake. Anda boleh baca blog dari Cardano untuk mengetahui lebih lanjut tentang Stake Cardano.

https://cardanodocs.com/cardano/balance-and-stake/

 

4. STRATIS (STRAT)

Stratis merupakan cryptocurrency PoS dan platform berasaskan blokchain yang mempermudah pembangunan, pengujian, dan penggunaan aplikasi C # pada rangka kerja NET.

STRAT adalah cryptocurrency yang mengendalikan platform Stratis dan boleh ditegakkan di dompet Stratis untuk mendapatkan ganjaran. Tidak ada minimum untuk staking.

Ganjaran keuntungan agak rendah untuk Stratis yang bersaing berbanding dengan crypto lain, tetapi jika anda mempunyai sejumlah besar STRAT, maka anda boleh memikirkan mengenainya. Namun tidak dinafikan Stratis juga berisiko kerana tidak punyai “max supply”

 

5. PIVX

PIVX adalah singkatan bagi Private Instant Verified Transaction. Ia adalah cryptocurrency menggunkan konsep PoS yang memberi tumpuan kepada privasi dan keselamatan ketika berurusniaga.

Ia daripada “fork” (upgrade tecnology) DASH yang berlaku pada awal 2016 dan merupakan mata wang digital yang berfungsi sepenuhnya dan membolehkan pengguna untuk membuat pelaburan di blokchain dengan pulangan yang baik.

Satu lagi perkara penting yang penulis ingatkan PIVX tidak mempunyai max supply. Walaupun dalam rancangannya akan menutup max supply hanya di support oleh community yang agak kuat. Namun bagi penulis ia tetap berisiko , kerana itu penulis letakkan PIVX ini disenarai terakhir kerana potensi 50% berjaya 50% gagal.

Namun bagi yang gemar mengambil risiko, penulis menerangkan Cara-cara untuk menjana PIVX secara menyeluruh adalah dengan menjalankan masternode sebanyak 10,000 unit PIVX yang juga memberikan pulangan tahunan sebanyak 5% ke atas pegangan anda. Jadi,

Jika anda ada coin PIVX ini di exchanger pastikan anda transfer ke wallet nya dengan segera dan aktifkan masternode dari sekarang. Berikut adalah panduan DIY untuk menubuhkan masternode anda dan jika anda tidak mahu melakukannya sendiri maka di sini adalah beberapa perkhidmatan masternode yang melakukannya untuk anda dengan bayaran yang kecil.

 

AMARAN!!!!
Namun harus diingatkan bahawa tiap-tiap pelaburan pasti ada risiko. Oleh kerana itu , penulis memegang keyakinan bahawa “REZEKI ITU TIDAK PERNAH TERSALAH ALAMAT”. 

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin dan memerlukan perkhidmatan untuk setup masternode crypto yang disenaraikan ini Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Cas bakal dikenakan sebanyak 30%. Ini kerana penulis lebih gemar supaya pelabur sendiri belajar daripada mengharap pada manusia. Malah itulah juga yang dimaksudkan Decentralized, anda tidak perlu bergantung pada bank atau broker, anda sendiri menguruskan aset pelaburan anda.

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!