Top 5 Platform Exchanger Crypto Terbaik!!!

255

"Let us sacrifice our today so that our children can have a better tomorrow" - A. P. J. Abdul Kalam

Selepas kemunculan Bitcoin di dunia nyata bersama exchanger terbesar waktu itu iaitu Mt.Gox yang berasas di Jepun. Sejak dari itu , muncul juga platform-platform crypto exchanger di negara-negara lain yang turut bersaing dalam industri teknologi blockchain dan mata wang maya.

Namun pada Feb 2014 , kes rompakan godam terbesar berlaku menyebabkan Mt.Gox menutup operasinya. Malah bukan itu sahaja, berlaku penipuan terbesar Exchanger EthTrade pada 2016 dan banyak lagi kes-kes penipuan exchanger sejak dari itu.

Selepas bertahun penulis menghabiskan kajian dalam dunia crypto, disini penulis menyenaraikan 5 Exchanger Terbesar Yang Dipercayai selepas hasil kajian yang melibatkan potensi , progress , pengaruh dan berbagai sudut lagi sesuatu syarikat dibalik tabir platform exchanger yang disenaraikan ini.

1.Binance

Binance adalah merupakan exchanger berasas di China, namun penggunaannya terbuka pada semua orang diseluruh dunia. Mengapa penulis meletakkan Exchanger Binance sebagai ranking no.1 bukan sahaja faktor capital terbesar di coinmarketcap  sebanyak $1,307,037,220 USD.

Malah token yang dihasilkan Binance iaitu Binance Coin (BNB) juga berpotensi tinggi. Bagi penulis Binance merupakan exchanger yang paling aktif sekali berbanding exchanger lain. Malah yang menjadi faktor utama bagi penulis ialah progress syarikat Binance yang berkembang dengan cepat. Serta pencipta platform tersebut berani tampil kehadapan , tidak seperti exchanger Anonymous yang tidak mahu identiti dikenali.

 

 Changpeng Zhao Founder Binance

Changpeng Zhao atau lebih mudah dikenali sebagai Zhao menjadikan dirinya seorang yang bertanggunngjawab dalam platform Binance. Jika terjadi apa-apa pada Binance , anda tahu siapa yang perlu dicari.

Selain itu banyak kelebihan yang ditawarkan Binance berbanding exchanger lain , Contoh anda boleh mendapatkan agihan GAS setiap bulan selagi memegang asset NEO di platform tersebut. Malah Binance juga mengeluarkan Binance Coin (BNB) yang memberi Diskaun Fees sebanyak 50% bagi pemegang Binance Coin (BNB). Diantara yang paling menarik ialah , Binance menawarkan sistem referral sehingga 40%. Antara paling teritinggi berbanding exchanger lain. Binance juga aktif menganjurkan pertandingan untuk Hodlers.

Mula mendaftar sekarang di Binance : www.binance.com

Jika anda sebagai Hodlers, Binance antara exchanger yang paling dipercayai, tidak perlu transfer ke Jaxx atau lain-lain wallet melainkan jika anda ingin punyai coin jenis Proof-of-Stake

 

2. Huobi

Seperti yang anda ketahui, Huobi merupakan Exchanger ketiga terbesar dalam senarai coinmarketcap. Exchanger yang Berasas di Singapura, Huobi pro merupakan exchanger yang dipercayai kerana beberapa faktor seperti founder nya yang berani tampil kehadapan , secara tidak langsug pelaburan anda dikenal pasti .

Leon Li Founder Huobi

Malah Huobi juga memberi persaingan yang hebat pada Binance, ini kerana dari sudut ideologi pemikiran yang dibawa Huobi dan Binance adalah jauh berbeza,

Binance lebih gemar mencari pasaran dunia ketiga untuk membantu ekonomi kelas negara ketiga untuk maju dalam sistem mata wang digital yang global.

Manakala Huobi lebih gemar bermain dengan pasaran Eropah serta negara-negara maju.

Selain itu Huobi juga menawarkan insentif menarik dan mengekalkan pedagang. Salah satu insentif menggunakan Huobi Pro ialah yuran urus niaga yang lebih murah. Untuk  memanfaatkan yuran perdagangan yang lebih murah di Huobi Pro, anda memerlukan kombinasi Huobi Point Cards, Huobi VIPs dan Program Super Rebates.

Pengguna hanya boleh mendapatkan Huobi Token dengan membeli ‘Point Cards’ pada platform Huobi Pro. Point Card adalah kad pra-bayar Huobi untuk yuran perdagangan caj asas perkhidmatan. 1 point = 1 USDT. Malah jika anda membeli pakej 1,000 Point Card, hanya akan dikenakan bayaran USDT 990, dan anda akan mendapat 1,000 HT secara percuma.

Huobi Global hanya akan mengedarkan dan mengehadkan secara ketat kepada sejumlah 500 juta Huobi Token yang tetap, tidak akan dinaikkan. Daripada jumlah itu 300 juta akan diberikan sebagai hadiah kepada pembeli Kad Point.

Setiap suku tahun, Huobi Pro akan menggunakan 20% pendapatannya untuk membeli semula Token Huobi di pasaran semula. Semua HuobiToken yang telah dibeli semula akan diperuntukkan kepada Huobi Investor Protection Fund (HIPF) dalam bahagian tertentu. HIPF digunakan untuk melindungi manfaat pelabur dan membayar pampasan bagi kerugian oleh pengguna Huobi apabila risiko berlaku di platform, untuk memastikan kestabilan pasaran dan melindungi kepentingan pelabur.

Mula mendaftar sekarang di Huobi : www.huobi.com

 

3. Kucoin

KuCoin adalah pertukaran kripto antarabangsa yang baru berpusat di Hong Kong. Ia dibuka pada September 2017 dan berkembang pesat dalam indusri crypto. Seperti Exchanger lain yang berasas di China, Kucoin juga mempunyai Crypto nya tersendiri iaitu KuCoin Shares (KCS) malah ia lebih menarik daripada Binance , Okex serta Huobi.

Di samping itu, Kelebihan Exchanger Kucoin juga mengedarkan GAS percuma setiap hari untuk pemegang NEO tidak seperti bursa lain yang tidak mengedarkannya dan tidak seperti Binance yang mengedarkan secara bulanan. Selain itu Kucoin juga aktif menganjurkan pertandingan bagi Hodlers.

Malah kelebihan token Kucoin Shares berbeza dengan token exchanger lain. Pemegang token Kucoin akan menerima dividen harian berdasarkan jumlah nilai pegangan serta berdasarkan total trading harian exchanger kucoin.

Selain itu Founder kepada exchanger Kucoin ini berani tampil dan bukanlah exchanger yang anonymous.

Micheal Gan Founder Kucoin

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan KuCoin berbanding exchanger lain, sila baca artikel Blocky.my lepas.

Mula mendaftar sekarang di Kucoin : www.kucoin.com

 

4. Cobinhood

Jika anda seorang traders harian, bagi penulis COBINHOOD adalah platform terbaik bagi traders aktif. COBINHOOD adalah exchanger yang menyediakan perdagangan cryptocurrency. Malah kelebihan exchanger ini adalah tidak mengenakan sebarang cas 0% fees trading. 

Malah Cobinhood juga menyediakan platform mengsyorkan pelabur tentang ICO-ICO terpilih. Pemilihan ico syarikat untuk masuk ke exchanger Cobinhood juga memerlukan capital minimum $10 Juta USD.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan Free token dari Cobinhood Token (COB). Malah airdrop token percuma dari ico yang baru dilancarkan. Namun jika anda seorang Hodlers, exchanger ini kurang sesuai ini kerana anda akan terlepas peluang-peluang yang ditawarkan seperti “candy machine” dan berbagai lagi.

Popo Chen Founder Cobinhood

Pelopor exchanger ini juga turut berani tampil sebagai orang yang bertanggungjawan dalam plaform cobinhood. COBINHOOD didaftarkan di Kepulauan Cayman, dengan pejabat di setiap negara utama untuk memudahkan pematuhan. COBINHOOD tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana peraturan China.

Mula mendaftar sekarang di Cobinhood : https://cobinhood.com/

 

5. Bittrex

Bittrex merupakan exchanger yang berasas di Amerika , Malah dalam artikel lepas Block.my tentang kemajuan Bittrex meluaskan pasaran ke eropah iaitu Invest.com yang masih dalam pembinaan. Walaubagaimana belum lagi ada kabar tentang Bittrex ingin mengeluarkan cryptonya tersendiri.

Bagi pendapat penulis mengapa menyenaraikan Bittrex dan tidak Hitbtc atau Cryptopia, ini kerana faktor Bittrex memilih crypto-crypto tertentu sahaja dalam pasaran dagangan nya. Ini berbeza dengan exchanger lain yang mengambil apa jua jenis crypto ke dalam platform nya. Contoh seperti Yobit.

Kebanyakkan syarikat-syarikat dari Amerika dan Europe lebih suka memasarkan crypto di platform Bittex dan barulah berkembang ke exchanger lain.

Mula mendaftar sekarang di Cobinhood : https://cobinhood.com/

KESIMPULAN

Walaupun banyak exchanger yang berpotensi malah berada dirank top 10 coinmarketcap, namun penulis tidak menyenaraikan kerana sesetengah exchanger hanya dibuka untuk rakyat tempatan sahaja contoh seperti Bithump antara merupakan pasaran terbesar sebelum ini, namun hanya dibuka untuk rakyat korea sahaja.

Kini Blocky.my membuka kelas pada setiap hari Jumaat malam. Hanya 10 terawal yang daftar sahaja dipilih. Jika penuh anda boleh tunggu giliran Jumaat seterusnya. Tempah nama anda di link ini.

DAFTAR NAMA ANDA DIBORANG INI : DAFTAR SEKARANG JADI YANG TERAWAL

Jika anda ingin memerlukan perkhidmatan dari Blocky.my dalam pengurusan Aset Digital. Sila PM admin di Facebook Page Blocky 

Cas bakal dikenakan sebanyak 30%. Ini kerana penulis lebih gemar supaya pelabur sendiri belajar daripada mengharap pada manusia. Malah itulah juga yang dimaksudkan Decentralized, anda tidak perlu bergantung pada bank atau broker, anda sendiri menguruskan aset pelaburan anda.

Follow kami di Facebook. Facebook.com/blockymy.news. Untuk pertanyaan lanjut dan stay connected dengan kami,Join telegram blocky untuk pertanyaan lebih lanjut tentang revolusi duit masa depan ini.

Official Blocky Telegram Group
t.me/blockytrading

Disclaimer : Blocky tidak dibayar untuk mengiklankan coin ini, blocky.my hanya menyajikan info berita semasa industri crypto. Berita semasa banyak diguna pakai oleh traders bijak mencari peluang dalam percaturan pelaburan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!