Unicef Menggunakan Cryptocurrency Bagi Membantu Kanak Kanak Miskin

105

"There is nothing permanent except change" - Heraclitus

Gandingan Unicef dan H&M telah membuktikan bahawa cryptocurrency bukanlah bertumpu kepada kemewahan semata. Niat murni kedua dua syarikat untuk membantu kanak-kanak miskin adalah sesuatu yang harus dipuji. Mereka menggunapakai Unicoin bagi membantu mereka yang kurang mampu dalam bentuk rawatan dan pendidikan. Menurut Pia Britto, Senior Advisor Unicef, satu pertiga kanak kanak di sesebuah negara tidak mencapai potensi penuh mereka dek kerana kemisikinan yang kemudiannya menjejaskan pmbelajaran, kesihatan dan kekurangan zat makanan yang penting untuk tumbesaran.

Program ini juga dirancang untuk menyerlahkan lagi bakat kanak kanak melalui lukisan yang dihantar oleh mereka dimana mereka harus menyatakan cita cita dan bagaimana mereka akan memanfaatkan penggunaan Unicoin yang disumbangkan. Setiap lukisan yang dimuat turun akan diberi ganjaran Unicoin dan hadiah berupa sebatang pensil dan sebuah buku nota. Unicef juga mengkategorikan cryptocurrency ini sebagai yang pertama diadakan untuk tujuan amal.Selain itu #Unicoin dan kempen Unicoin merupakan persetujuan yang telah lama berlangsung antara Unicef dan H&M pada 2014 yang lepas.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!