Vietnam Siasat Dakwaan Penipuan Wang Kripto Sebanyak 658 Juta US Dollar

40

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue telah mengeluarkan arahan menyiasat satu dakwaan scam mata wang kripto yang melibatkan 658 juta US Dollar. Vuong Dinh Hue telah mengarahkan enam orang menteri untuk mempertimbangkan dan sekaligus mengatasi masalah tersebut dengan cepat. Dalam kenyataan yang lain, Perdana Menteri Vietnam pula menyeru syarikat syarikat kewangan negara untuk mengelak daripada mengendalikan sebarang transaksi mata wang kripto di mana telah disahkan haram oleh pihak atasan.

ICO telah membenarkan beberapa ‘venture’ untuk meningkatkan dana dengan menjual token kepada para pelabur namun dilaporkan terganggu akibat kesalahan dari pihak tidak bertanggungjawab. Kerajaan seluruh dunia sedang lebih meneliti pasaran tersebut menyebabkan Jay Clayton, Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan dan Pertukaran US begitu terkejut dengan tahap penipuan yang membelenggu ICO.

Kerugian sebanyak 658 juta US Dollar itu telah memberi kesan kepada sebanyak purata 32,000 pelabur. Sebuah syarikat yang berpusat di bandar Ho Chi Minh, Modern Tech, telah menjadi tumpuan penyiasatan menyebabkan begitu ramai pelabur melakukan perhimpunan protes di hadapan pejabat syarikat tersebut. Hasil daripada dakwaan ini telah membuka mata Vietnam untuk terus mengharamkan mata wang kripto sebagai pilihan kaedah pembayaran yang sah di negara itu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!