Wang Pelabur Bitcoin Dirompak Sebanyak RM 1 juta

71

"If you cannot do great things, do small things in a great way" - Napoleon Hill

Seorang warga Malaysia telah mengaturkan perjumpaan dengan penjual Bitcoin yang dijangkakan akan berlaku jujur, telah merompak beliau sebanyak RM1 juta tunai. Warga Malaysia tersebut ialah Pang Joon Hau yang berumur dalam lingkaran 20 tahun telah pergi ke Singapura pada 8 April untuk membeli mata wang Bitcoin dan menghubungi seorang broker dari sana. Pang bersama broker tersebut telah menemui  lagi dua orang lelaki yang mengakui memiliki Bitcoin untuk dijual. Pertemuan itu dibuat di Hotel 81 yang terletak di Middle Road.

Namun, apabila dua lelaki itu mendapat maklumat bahawa Pang membawa wang tunai, mereka telah menyerang Pang dan broker beliau dan melarikan diri bersama wang tersebut. Setelah kejadian itu, polis memberitahu sidang media bahawa kedua lelaki tersebut berjaya ditangkap setelah laporan dibuat. Salah seorang daripada mereka ialah Mohd Abdul Rahman, 36, mengakui dirinya seorang broker Bitcoin telah membelanjakan RM236,796 daripada sejumlah wang rompakan tersebut dengan membeli-belah dan menetap di sebuah hotel mewah di Sentosa pada Khamis lepas.

Abdul Rahman didakwa bersama rakannya Syed Mokhtar Syed Yusope, 36,  seorang pemandu Uber yang menyamar sebagai penjual Bitcoin yang berjaya membelanjakan sebanyak RM29 559 sebelum ditahan di Woodland Checkpoints pada hari Isnin. Menurut Straits Times polis juga sedang menyiasat sumber wang Pang yang dibawanya secara tunai itu. Keraguan itu timbul dek kerana RM1 juta adalah agak banyak bagi seseorang untuk membawanya keluar tanpa perlindungan dan membuat transaksi Bitcoin secara bersemuka. Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin menasigati orang awam supaya berjaga jaga ketika berurusan dengan orang yang tidak dikenali.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!